Wanita Ini Tinggalkan Suami Kerana Tidak Dihadiahkan Cincin Berlian, Kemudian, Perkara Ini Berlaku

Trending

Wanita Ini Tinggalkan Suami Kerana Tidak Dihadiahkan Cincin Berlian, Kemudian, Perkara Ini Berlaku

Seorang wanita yang sudah berkahwin mahukan satu hadiah ulangtahun kelahiran dari suaminya. Untuk beberapa bulan dia mengagumi sebentuk cincin berlian di sebuah kedai, dan dia tahu suaminya mampu membelikannya cincin itu.  Dia memberitahu suaminya, cincin itu saja yang dia inginkan.

 photo cincin.jpg

Advertisement

Apabila tarikh hari lahirnya semakin menjelang, wanita itu tertunggu-tunggu jika ada sebarang tanda dari suaminya yang dia telah membelikan cincin berlian itu.


Akhirnya, pada pagi hari lahirnya, suaminya memanggilnya ke bilik bacaan. Suaminya memberitahu betapa bangga dia memiliki isteri yang baik seperti wanita itu, dan betapa dia mencintainya. Suaminya memberi padanya satu kotak yang dibalut dengan cantik. Curiga, wanita itu membuka kotak dan menemui senaskhah Quran dan Terjemahan yang cantik.

Marah, dia meninggikan suaranya.

Dengan duit banyak-banyak tu, awak beri saya Quran?

Dia kemudian keluar dari rumah itu dalam keadaan marah, meninggalkan suaminya.

Beberapa tahun berlalu dan wanita itu kini berjaya dalam perniagaan. Dia sudah berkahwin lain dan memiliki anak-anak sendiri. Tiba-tiba dia terfikir mengenai bekas suaminya, yang pada waktu itu sudah sangat tua. Dia terfikir, mungkin dia patut pergi melawat bekas suaminya. Sudah bertahun dia tidak menemui bekas suaminya itu.

Tetapi baru saja dia membuat perancangan, dia menerima surat dari peguam yang menyatakan bahawa bekas suaminya sudah meninggal dunia dan telah mewariskan semua harta buat bekas isterinya. Wanita itu perlu datang ke rumah bekas suaminya dengan segera untuk menguruskan beberapa perkara.

Apabila dia sampai ke rumah bekas suaminya, dia merasa sedih tiba-tiba dan kesal memenuhi jiwanya. Dia melihat semua dokumen-dokumen penting di atas meja bilik bacaan dan terjumpa Quran dan Terjemahan yang masih baru, yang pernah dihadiahkan oleh bekas suaminya padanya.

Dengan air mata berlinangan, dia membuka satu mukasurat yang ditanda dengan riben, dan bekas suaminya telah menggariskan satu ayat pada mukasurat tersebut.

“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan.” Ar-Rad: 31

Sebaik selesai membaca terjemahan itu, satu bungkusan jatuh dari belakang Quran tersebut. Ia mengandungi sebentuk cincin berlian, dengan namanya terpahat pada cincin itu—cincin yang sama yang dilihatnya di kedai satu ketika dahulu. Pada tag cincin tertulis tarikh lahirnya dan perkataan, ‘MENCINTAIMU SELAMANYA’.

Sumber: Shareably

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...