Wanita Ini Terkejut Menerima Bil Rawatan Untuk Bayinya Di Sebuah Hospital Swasta

Trending

Wanita Ini Terkejut Menerima Bil Rawatan Untuk Bayinya Di Sebuah Hospital Swasta

11.07.2016 jam 12.05 malam

Baby Aleesha tiba-tiba mengalami masalah pernafasan tersekat, sebenarnya berpunca dari hidung tersumbat sebab dari hari raya pertama berjangkit selsema. Kemudian masa kejadian kami semua dalam kereta, selepas itu terus buat keputusan nak bawa pergi hospital.

Advertisement

nebulizerNak pergi Hospital Kajang selalunya penuh saja kemudian alternatif bertawakal saja pergi ke sebuah hospital swasta . Dalam hati memang berdoa moga-moga tak dicaj mahal memandangkan kami sampai dah tengah malam. Biasanya klinik 24 jam pun akan caj tinggi sedikit. Dalam kepala bajet mesti dalam RM 200-300. Huhu

Dah sampai, daftar pesakit. Jururawat yang jaga kaunter itu dengan PERAMAH pun tanya pernah datang tak? Jadi, Aleesha memang selalunya datang ke hospital ini untuk pemeriksaan. Dalam 5 minit macam itu nombor giliran dipanggil. Okay! Dengan perasaan berbaur macam-macam, kami masuk. Mula-mula masuk doktor dan jururawat tersenyum lantas salam dihulurkan. Sejuk hati kami yang gundah gulana. Jadi macam biasa doktor tanya sakit apa. Kami pun cerita.


Yang kami suka doktor ini bukan saja PERAMAH tetapi dia beri penerangan tentang rawatan terbaik untuk Aleesha. Itu yang buatkan kami rasa TERBAIK. Bincang punya bincang doktor cadangkan rawatan nebulizer untuk cairkan kahak memandangkan Aleesha punya penafasan sempit. Rasa macam kena petir pun ada, aduhai ini mesti caj lagi tinggi pakai benda itu, jadi tawakal sajalah sebab apa yang paling penting ialah Aleesha sihat. Huhuhu Kemudian selesaikan urusan dengan doktor, kena tunggu di luar untuk masuk bilik rawatan nebulizer itu.

Nebulizer tu tahu tak apa? Kami pertama kali jumpa benda ini. Dia yang macam oksigen yang diletakkan di hidung itu, kemudian disalurkan gas. Jadi Aleesha pun pakailah dengan gembira. Yang bagus di sini jururawat itu baca “Bismillahirrahmanirrahim” masa nak letakkan nebulizer pada Aleesha. Sejuk hati ibu ini. Jadi bahagian ini memang nampak islamiknya hospital ini. Alhamdulilah. Cuma nak beritahu nebulizer tu tak sakit pun tapi Aleesha jerit macam nak runtuh hospital sebab baby kebanyakannya tak suka benda itu. Tetapi baguslah sebab bila dia jerit buka mulut gas itu masuk.

Dah selesai. Sekarang sampai bahagian tunggu bil. Ini sadis. Bila nama dipanggil, risau jugak bil melambung, kan? Jururawat kaunter itu cakap jumlah keseluruhan ialah RM66.70. HAH! Kami terkejut, sekali dengan ubatkah? YA.

All in, dengan muka blur kami bayar dan ambil ubat. Dalam hati macam tak percaya. hihihi.. RM66.70 itu macam sangat-sangat murah rasanya. Kalau pergi klinik biasa 24 jam pun bil mungkin RM90++ juga. Syukur Alhamdulilah. Keputusan pergi hospital ini tepat. Berbaloilah rasa, ubat dapat tiga botol. Ubat batuk, selesema dan demam. Okay, kamu semua periksa ya bil ini. Kalau kamu pun macam tak percaya. Saya sampai sekarang lagi macam tekejut sebab kadar dia murah dan berbaloi.

13659173_1234299633269609_5752254303506638665_nJadi, kami memang cadangkan mana-mana yang berdekatan masukkan Hospital An-Nur dalam senarai pilihan. Sini memang saya syorkan sangat-sangat, memang islamik dan patuh syariah. Hospital ini ialah Hospital Pakar Ibu dan Anak-Anak An-Nur, Bangi. Memang sesuai sangat untuk ibu bersalin dan rawatan anak. Bersalin pun bagus di sini. Cubalah ibu-ibu semua. Saya dah, anda bila lagi? Hihihi

Moral cerita ini, marilah pakat ramai-ramai kita sokong hospital yang guna cara islamik. Sebab hospital ini pun hospital pakar, jadi tak perlu risau. Hihihi. Caj dia lebih bagus dari hospital-hospital swasta lain yang kadang-kadang kadarnya mahal sangat. Huhuhu..

Tetapi mana-mana hospital sudah tentu ada kelebihan dan kekurangan. Ini adalah pengalaman kami, kesedaran untuk ibu bapa lain untuk membuat pilihan.

Yang mana minat nak bersalin sini boleh Google laman web Hospital An-Nur. Alamat pun Google ya. Lokasi di Bangi, Selangor.

With love,  NDRAMF

Sumber: Norarini Yahya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...