Wanita Ini Terjumpa iPhone Yang Hilang, Namun Tergamam Bila Lihat Kandungan Dalam Telefon Itu

Trending

Wanita Ini Terjumpa iPhone Yang Hilang, Namun Tergamam Bila Lihat Kandungan Dalam Telefon Itu

Pernah tak anda terfikir banyaknya maklumat yang kita simpan dalam telefon bimbit kita? Semua maklumat tentang diri kita, keluarga, gambar kita dan orang terdekat. Apatah lagi akses ke media sosial, emel, dan nombor kad kredit. Semuanya di hujung jari.

Advertisement

Seorang pengguna Twitter, afronomics, telah menyedari hal ini apabila dia terjumpa sebuah iPhone yang hilang dan mencari info tentang pemiliknya, hanya kerana ingin memulangkannya. Tetapi, apa yang ditemuinya sangat mengejutkan.

Semuanya kelihatan biasa pada mulanya. Wanita ini bertanya kepada Siri berkenaan maklumat pemilik iPhone tersebut. Dia ingin menghubungi orang terakhir yang dihubungi pemilik telefon tersebut, tetapi mereka terlebih dahulu telah menghubunginya.

Tidak lama selepas itu, dia menyedari sesuatu yang aneh. Siri telah memberikan maklumat lengkap tentang pemilik iPhone tersebut. Walaupun telefon tersebut telah dikunci, semua maklumat boleh didapati dengan mudah.

Dia turut memberikan nasihat kepada pengguna iPhone yang lain supaya lebih berhati-hati.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...