Wanita Ini Telefon 999 Tetapi Tiada Respon, Sebenarnya…

Trending

Wanita Ini Telefon 999 Tetapi Tiada Respon, Sebenarnya…

Nombor apa yang akan anda telefon sekiranya ada kecemasan yang berlaku?

Semestinya 999 nombor yang akan terlintas di fikiran!

Advertisement

Baru-baru ini, seorang wanita yang juga seorang penyanyi tempatan, Talitha Tan, melihat satu kemalangan kereta yang berlaku di jalan raya. Dia cuba menelefon talian kecemasan 999 tetapi tidak dijawab.

Dia berkongsi pengalaman itu di Instagram miliknya dan memberitahu sebenarnya talian kecemasan bukan 999 atau 991 tetapi 112. Dia juga berkata yang tak ramai sebenarnya tahu tentang nombor kecemasan itu.

Dia yang menyaksikan kemalangan yang berlaku berhampiran tol Damansara itu cuba menelefon talian kecemasan untuk melaporkan tentang kemalangan itu tetapi operator menanyakan lokasi kemalangan sebanyak 5 kali dan dia merasakan perkara itu membuang masa.

Selepas setengah jam, pihak polis menelefon Talitha semula untuk mengesahkan yang dia sebenarnya menelefon pihak polis tadi.

Mungkin masih ramai rakyat Malaysia yang masih tak tahu dan keliru dengan nombor kecemasan 999 dan 112.

Nombor 112 digunakan sebagai nombor telefon kecemasan paling efisien apabila ia berhubung secara langsung dengan pengguna telefon bimbit kepada pihak polis walaupun tanpa liputan rangkaian adalah tidak dibenar.

Pada tahun 2015, MERS 999, memperjelaskan bahawa 112 merupakan talian kecemasan alternatif di mana ia hanya boleh dihubungi menggunakan telefon bimbit.

Talian 112 masih perlu disambungkan ke pusat panggilan 999 dan kedua-dua nombor tersebut tidak dapat berfungsi menerusi penggunaan telefon bimbit tanpa kad SIM yang aktif.

Jangan pula ada pihak yang salah guna talian kecemasan ini untuk bergurau dan untuk pihak MERS99 juga perlu memperbaiki servis mereka agar lebih cepat dan efisyen.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...