Seorang wanita menceritakan satu kejadian di mana dia telah menyaksikan seorang penunggang motorsikal hampir merogol seorang kanak-kanak perempuan di belakang rumahnya.Menurut wanita itu, Zarra Asyaari, dia ke dapur untuk menyiapkan bekal untuk anaknya yang bernama Uzma, 5 yang akan bersekolah pada pukul 12.00 tengahari apabila terlihat sesuatu.
Ini pandangan dari dalam rumah saya. Lelaki itu betul-betul hentikan motorsikal di hadapan tong sampah belakang rumah saya. Minta semua ibu bapa berhati-hati. Selalu baca akhbar, tengok berita, hari ini berlaku depan mata saya. Tadi dalam pukul 11.30 pagi ke saya ke dapur siapkan bekalan untuk Uzma ke sekolah.
Masa tengah siapkan tiba-tiba ada lelaki bawa budak perempuan naik motorsikal, umur dalam lingkungan 4 atau 5 tahun, berhenti betul-betul di belakang rumah saya.
Budak itu berdiri hadapan motorsikal (yang macam skuter), terdapat beg sekolah di belakangnya. Lelaki terbabit menanggalkan beg kanak-kanak itu sambil matanya memandang kiri dan kanan. Dia tidak nampak saya sebab cermin dapur gelap dan hanya penghuni di dalam boleh melihat kawasan luar rumah. Selepas mengenepi beg kanak-kanak yang berdiri kaku itu, lelaki itu membuka zip seluar sebelum mengangkat baju serta kain kanak-kanak berkenaan.
Saya terus menjerit sekuat hati, tangan menepuk-nepuk tingkap rumah. Saya menggigil sambil menangis kerana saya sangat takut pada ketika itu. Jeritan itu membuatkan lelaki terbabit terkejut. Matanya liar memandang kiri kanan mencari dari mana datangnya suara jeritan itu.
Selepas itu dia memecut motorsikal pergi dari situ.
Ya Allah! Saya tak tahu apa nasib kanak-kanak berkenaan selepas itu, saya hanya sempat mengambil nombor pendaftaran motosikal itu dan membuat laporan polis.
Berdasarkan logo pada baju, kanak-kanak itu adalah pelajar pra-sekolah sebuah sekolah kebangsaan berhampiran rumah saya. Saya juga telah melaporkan perkara itu kepada guru terbabit dan akan membuat pengecaman.
Minta semua ibu bapa lebih berhati-hati.
– amazingnara.com
Sumber: Zarra on FB