Sejak kebelakangan ini kes keganasan rumahtangga kerap kali dilaporkan di dada akhbar dan portal berita. Terbaru, seorang wanita yang menggunakan nama Hannah Azzara di Facebook mendedahkan yang anaknya telah dipukul oleh bekas suaminya yang juga merupakan bapa kanak-kanak itu sehingga terpaksa dirawat di hospital selama lima hari.
Menurut Hannah, apa yang terjadi pada anaknya juga pernah dilalui dirinya apabila dipukul lelaki itu sehingga dia tidak dapat berjalan dan terpaksa dihantar ke hospital menggunakan ambulans.
Tulis Hannah di akaun Facebooknya:
Sebenarnya saya tak nak pun kecoh kerana ini. Tetapi disebabkan kebanyakan rakan dan saudara suruh saya buat jadi saya terpaksa.
Kawan yang polis pun cakap viralkan baru orang atas nampak (itupun kalau nampak).
Ok . Dah seminggu Ahsan kena pukul dengan Daddy dia sendiri , saya dah buat report . Dah masuk hospital lima hari.
Tapi sampai hari ini tak ada apa apa kemaskini dari polis.
Saya dah telefon pegawai penyiasat yang ambil kes ini pun mereka lepas tangan.
Dia pukul anak saya sampai ada darah beku dalam telinga kiri Ahsan.
Tapi sampai sekarang dia masih bebas.
Yang lain saya tak nak cerita panjang.
saya cuma nak tanya.
Kalau kes macam ini memang polis tak ambil tindakan ke?
— kemaskini–
Dan disebabkan ramai kawan-kawan bekas suami yang PM cakap kat saya mereka tak percaya dia boleh buat macam ini pada saya. Jadi sini saya tambah gambar saya masa dia bantai saya paling teruk. Saya buat laporan polis kemudian saya tarik balik kerana saya kasihankan Ahsan.
Sepanjang lima tahun perkahwinan saya tak pernah cerita buruk dia pada walaupun ibubapa saya, Saya simpan sendiri . Tetapi sekarang saya memang dah tak tahan sangat. Saya dah tak kuat nak simpan sendiri . Saya harap tak ada yang anggap saya nak memburuk dan memfitnah dia kerana saya ada bukti.
Dan kalau ada yang perasan saya tak pernah nak muat naik satu pun gambar bekas suami dalam FB, sebab saya jaga muka dia, jaga nama dia. kerana saya fikir kalau-kalau saya ada tersalah kemaskini status ke dia yang malu.
Seterusnya Hannah Azzara memuat naik kesemua gambar ini beserta penerangan.
Di bahagian ini ada darah beku pada telinga kiri Ahsan. Doctor kena tunggu dua minggu untuk telinga Ahsan sembuh sepenuhnya baru boleh periksa jika ada apa-apa masalah.
Dekat batang hidung ini masa saya dapat balik Ahsan memang dah kering. Saya anggap Ahsan betul-betul jatuh. Kerana masa saya tanya bekas suami dia kata Ahsan jatuh sendiri. Rupanya saya dapat tahu ada orang nampak dia tumbuk Ahsan sampai hidung Ahsan berdarah. Ya Allah hancur hati ni. Allah saja yang tahu.
Bahagian ini bengkak teruk sampai ada nanah kat dalam. Saya tak boleh bayangkan macam mana dia buat sampai bernanah. Sampai sekarang bengkak tak hilang.
Gambar ini diambil selepas insiden itu. Saya dah basuh semua darah. Atas hidung saya koyak , doktor nak jahit saya tak kasi. Jadi mereka hanya gamkan. Dan saya kehilangan gigi.
Masa dia pukul saya ni, saya lunyai tak larat nak jalan. Ambulans yang datang ambil saya. Guys. Imagine how Ahsan time kena macam saya. Sama!
Biar saya perkenalkan kamu semua kepada bekas suami saya.
Pada awalnya saya tak tergamak nak upload gambar dia. Saya fikir keluarga dia . Saya masih ada rasa hormat pada mereka. Tetapi maaflah. Ahsan kena pukul, bantai, lima hari di hospital. Seorang pun ahli keluarga dia tak datang, telefon tanya khabar Ahsan pun tidak. Patutkah saya hormat lagi ?
This comment really made me feel like being hit by a truck. Saya nangis sepanjang malam. Bangun tidur sambung nangis bila saya bayangkan macam mana anak saya kena macam saya kena. Masa saya tanya dia kata Ahsan jatuh sendiri. Patutlah dia tak kasi saya jumpa Ahsan 10 hari. Tak kasi Ahsan cakap dengan saya langsung.
Ini ialah salinan laporan polis yang dibuat oleh Hannah Azzara.
Pada pendapat penulis, lelaki yang memukul perempuan dan kanak-kanak hanya seorang pengecut. Sekiranya dengan memviralkan status ini bermakna tindakan akan dikenakan terhadap lelaki ini, maka penulis merasakan status Hannah Azzara dan gambar lelaki ini patut disebarluaskan secepat mungkin supaya pihak berkuasa akan mengambil tindakan.
Takut nanti ada yang kehilangan nyawa, masa itu orang kata ‘dah terhantuk baru nak terngadah’.-amazingnara.com
Sumber: Hannah Azzara