Wanita Ini Perjuang Hak Wanita ‘Uzur’ Makan Di Tempat Awam Pada Bulan Ramadan

Trending

Wanita Ini Perjuang Hak Wanita ‘Uzur’ Makan Di Tempat Awam Pada Bulan Ramadan

Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Mrym Lee telah memuat naik satu status di Facebook mendakwa ‘diganggu’ kerana makan di tempat awam pada bulan Ramadan.


 photo mrymlee.jpg
Tulisnya dalam status yang telah dipadam itu:-

Advertisement

“Saya kesal ini semua berlaku pada kamu,” perkataan-perkataan yang sudah biasa saya dengar dalam masa tiga minggu yang penuh emosi ini.

Tetapi hari ini, dalam banyak-banyak hari, ayat ini disebut lagi kepada saya kerana tindakan saya yang bukannya tindakan jenayah atau memangsakan sesiapa. Ini membuatkannya jauh lebih teruk kerana saya telah dihukum dengan tidak wajar sama sekali.

Ramadan ini, saya telah membuat usaha dengan sengaja untuk memprotes sekatan moral dan agama terhadap Muslim di Malaysia, terutamanya wanita Muslim.

Ini bermakna saya dengan penuh kesedaran akan makan dan minum di tempat awam, semasa tidak boleh berpuasa, dengan sepenuhnya berpenampilan seperti seorang wanita Muslim biasa (bertudung dan ‘kelihatan Melayu’).

Seorang kawan lain juga melakukan ini, dan kami berdua telah ‘diganggu’. didera secara verbal dan dianiaya di tempat awam setiap kali, hanya kerana makan bila kami lapar dan minum bila kami dahaga, oleh orang yang sepatutnya berpuasa, setiap kali.

“Dik, kau tak puasa ke?” “Ha ah, tak puasa.” Dan saya teruskan makan dan minum walapun diganggu mereka. Gangguan sebegini hanya mahu buat kamu rasa bersalah atas nama agama, tapi kita perlu tahu apa yang kita buat ini tak salah langsung.

Hari ini, di The Chicken Rice Shop di Quill City Mall, saya duduk dan pesan sepinggan rojak Penang. Pengurus restoran memang biadap dari awal lagi, tapi dia tak menolak untuk memberi perkhidmatan dan siap tolong hidangkan rojak saya.

Saya sedang makan bila saya diganggu oleh pengurus yang sama, di mana stafnya menghidang pada saya dengan biadap (dia campak je pinggan ke atas meja).

“Awak Melayu?”

Ya.

“Awak Muslim?”

Ya.

“Jadi kenapa awak makan?”

Saya berhenti makan. “Jadi lagi,” fikir saya. Jika tak mahu hidangkan saya makanan sepatutnya kamu tolak untuk beri perkhidmatan pada saya dari awal, bukan ganggu saya masa saya sedang makan.

Dia terus bersyarah pada saya tentang bagaimana orang sekeliling saya, pelanggan lain semua memandang saya dengan pelik.

“Encik, makan dan minum bukan salah di sisi undang-undang,” kata saya.

“Ye lah tapi awak buat macam ni mencalarkan imej Islam,” katanya.

Seorang kawan saya ada di situ, dia bukan Islam, dan cuba untuk tenangkan pengurus itu, “encik, dia tak kacau orang pun.”

“Saya tak marah kamu, saya marah dia (saya),” pengurus itu menjawab kepada kawan saya yang terpaksa menyaksikan semua itu.

“Encik, saya tahu saya tak salah. Islam tak ajar kita camni.” Dia tinggalkan meja saya, lambaikan tangan dan gelengkan kepala.

Jadi saya pergi kepadanya, dan terangkan yang dia bersikap biadap pada saya yang merupakan seorang pelanggan, dan dia menjawab bahawa pihak berkuasa boleh menyerbu restoran dan menghukumnya kerana menghidangkan makanan pada Muslim dalam bulan Ramadan.

Saya tanya dia, jika dia fikir Islam benarkan semua itu dilakukan, dia kata ya. Dengan kesal, saya takkan terkejut jika ramai Muslim fikir begitu.

“Ok, baiklah. Bagi saya habiskan makanan saya. Kemudian saya pergi.”

Lima minit kemudian, seorang pelanggan lain, lelaki Muslim datang pada meja saya bersama isteri dan anaknya, dan mula ‘mengganggu’.

“Apa hak kau nak makan kat tempat umum ni, dik? Kau tak reti hormat orang berpuasa ke?” Dengan nada marah, dia menjerit kepada saya.

Saya panggil pengurus restoran untuk menjauhkan dia. Walaupun dia berpihak pada lelaki itu, saya juga salah seorang pelanggannya.

Tapi dia belum habis lagi. “Abang tahu perempuan ada masalah (merujuk kepada haid),” dan di sini saya diamkan dia. Saya takkan biarkan dia menghukum wanita hanya kerana sifat biologikal wanita itu.

“Tiada apa masalah langsung dengan wanita dan tidak boleh puasa,” kata saya, merenung tepat ke matanya.

Dia mula berang. “Tapi kau tak reti hormat ke? Kau merosakkan imej agama Islam!”

Ironi di sini memang besar.

Sejak bila dah jadi hak kamu untuk jadi polis moral pada ibadat orang lain?

Saya mahu panggil pengurus, tetapi pengurus itulah yang menafikan hak saya untuk makan sejak awal lagi.

Pada masa ini saya fikir tentang nasihat Nabi Muhammad SAW yang bila berdepan kesukaran semasa puasa, patut kata “saya puasa, saya puasa”, untuk mengelakkan rasa marah. Saya memang tidak puasa tetapi saya tidak mahu naik marah kerana saya fikir ia nasihat yang bagus, kamu tahu?

Apa pun, lelaki itu mula rasa sangat marah dan mula cakap benda tak berkaitan seperti “melayu lain kat sini pun cari makan jugak,” yang menimbulkan persoalan kerana satu-satunya pelanggan yang tidak diberi makan ialah saya, bukan orang lain. Lagipun, saya tak pernah tak beri orang lain buat apa pun, saya cuma mahu makan.

Saya habiskan rojak Penang, bayar bil dan tinggalkan restoran. Pengurus memang buat muka biadap sepanjang masa, manakala stafnya juga mengomel bila berjalan melepasi saya.

Semasa saya beredar, beberapa orang wanita memberi semangat kepada saya, “Terus pertahankan hak kamu. Terus pertahankan hak kamu.”

Terima kasih, wanita cantik, ya, memang kita perlu pertahankan hak kita, kerana jika tidak, pihak autoriti yang lapar kuasa akan rampas hak kita.

Menjadi polis kepada kepercayaan dan ritual peribadi ialah satu perbuatan ketinggalan zaman.

Wanita dan kanak-kanak selalu dapat kesan buruk penguatkuasaan agama, kerana yang berkuasa menyasarkan untuk menindas yang lemah dan tidak mempersoalkan pihak berkuasa.

Periksa keutamaan kamu. Hukum ahli politik korup dan betulkan polisi kita yang rosak. Tinggalkan praktis kepercayaan kepada individu, kuasakan setiap orang untuk berbuat baik, hanya pada masa itu kita akan lihat kemajuan yang produktif.

Tulisan Mrym Lee telah mendapat reaksi negatif khalayak Internet, kebanyakannya menganggap wanita itu hanya mendambakan perhatian.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...