Wanita Ini Nafi Ada Hubungan Dengan Suami Sharifah Sakinah

Hiburan

Wanita Ini Nafi Ada Hubungan Dengan Suami Sharifah Sakinah

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba pelakon Sharifah Sakinah menerima kiriman mesej yang agak mengejutkan daripada seorang wanita  yang tidak dikenali menerusi akaun Instagramnya. Individu itu mendakwa suaminya, Aliff Adha yang merupakan seorang juruterbang sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang pramugari.

Advertisement

Bengang dengan tuduhan liar itu, Sakinah menerusi Insta Stories  menyifatkan wanita itu seorang yang suka jaga tepi kain orang dan membuat dakwaan tanpa sebarang bukti kukuh.

Terbaru, pramugari yang dikaitkan mempunyai hubungan bersama suami Sakinah tampil menafikan dakwaan itu. Malah, beliau yang dikenali sebagai Memei sudah pun mempunyai kekasih hati . Salah faham timbul mungkin kerana beliau tidak pernah memuat naik foto sebenar wajah kekasihnya yang dikatakan sama seperti suami Sakinah.

Bila benda ini sudah viral makin teruk dan kawan-kawan serta keluarga pun dah nasihatkan, jadi saya terpaksa muat naik gambar my boyfriend. Saya tak suka dedahkan siapa kekasih saya sebab tidak mahu orang tahu dia kerja apa, anak siapa semua tu. Tolong faham, itu privasi saya dan tidak ada sebab lain pun saya nak sorok. Pada yang dah fitnah saya tu, saya harap anda sedar kesan perbuatan tu. Sekarang anda boleh cakap tak tuduh dan hanya tanya. Tanya ke macam tu kalau sampai hantar gambar kami dekat dia?

Itulah sebelum ingin menyibuk hal orang lain ataupun buat tuduhan yang berat, pastikan ada bukti yang kukuh, tidak semena-mena sudah jadi salah faham yang besar dan cetuskan spekulasi liar pula. Bersabarlah Sakinah, biasalah bukan semua orang senang hati melihat kita mempunyai keluarga yang bahagia, anggap sahaja ini ujian yang akan mengukuhkan lagi cinta dan perkahwinan anda.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

22 Comments

  1. anon

    July 22, 2018 at 1:01 am

    perempuan nama mia haidy tu dengki kat memey kot.. x sma langsung laki kinah dan bf memey. Memey seems like a kind hearted person, dia reply pun masih sopan dan elok, x melenting. May Allah grant you patience sister <3

  2. Anonymous

    July 22, 2018 at 12:56 am

    Alah lelaki…dh lbh 3 tahun ..bosanlah tu. Pulak SS pun pnah mnggatal dgn salah seorang pelakon lelaki dulu…mgkin husband blas dendam kot.

    x heran..laki dia ni pun dulu playboy..

    • melata

      July 22, 2018 at 6:03 am

      Laki dia playboy???Wow….baru tau ni…

      you dah sedia nak kena saman ke?

  3. Anon

    July 22, 2018 at 12:51 am

    Bf laki perempuan tu handsome.. lansung x mcm laki si kinah ni selekeh x handsome langsung

  4. Milah

    July 21, 2018 at 10:07 pm

    Kalau dah over sgt…pastu buat2 ting tong nak tunjukkan ko ni pelawak sgt…laki pun menyampah…org yg x dok hari2 ngan ko pun muak lg mnyampah inikan pulak laki yg ari2 mengadap perangai over ting tong kau tu…haaaa tepukkkkk……

    • CPS

      July 23, 2018 at 8:21 am

      In real life kinah tak adalah teruk sangat macam depan kamera.

  5. ikan

    July 21, 2018 at 8:51 pm

    takde sapa nak laki kau pun

    • Corse 848

      July 22, 2018 at 12:52 pm

      Ada 1 kes.. Citer betui.. Ada Satu pasangan suami isteri ni.. Nampak kelibat member aku dekat mall dgn Perempuan mengandung.. Kul 2 pagi dtg rumah jumpa wife member aku.. Bgtau yg laki dia kahwin 2.. Siap dah mengandung.. Wife member aku ni senyum je.. Lpas tu terang kan.. Itu abg kembar suami.. Tersipu malu le lpas tu.. Kul 2 pg dtg rumah org.. Tanpa usul periksa..

    • Bawang Detected

      July 23, 2018 at 1:21 am

      aku pun tak suka jenis orang penyibuk tak tentu hala ni. nampak benda pelik sikit, takde usul periksa main terjah je nak bagitau, alasannya takde niat menuduh, cuma bertanya. perlu ke pertanyaan tu? Dia nampak gambar seorang perempuan cantik pramugari dengan seorang lelaki, muka laki tu disensored, tak tau la mungkin dia nampak dari susuk tubuh ke jambang ke seakan2 laki kinah, terus dia dm kinah tanya ni laki u ke? bila dah viral, katanya, i dm in private & tak tuduh, tanya je. Motif dan asas pertanyaan tu apa? Dengan pertanyaan tu, tak ke rasa emosi seorang bini tu tetiba macam bergelora, eh laki aku ke ni, dah timbul syak kat situ, padahal laki dia takdo buat salah apo pun. Elok ke perangai gitu?
      Sedangkan kita ni, nampak laki kawan sembang duduk rapat ngan pompuan pun rasa macam malas nak menyampai, bukan taknak tolong kawan, tapi asas & bukti kukuh apa pun takde, nak menyampai2 jadi batu api buat orang bergaduh buat apa, buat la kang tu sedara dia ke, rakan sekerja ke, tak ke malu sendiri. benda takde mengena dengan kita takyah nak concern sangat lah haih.

    • Anonymous

      July 23, 2018 at 8:30 am

      Dato Red yg muka mcm selipar jepun pun ada org nak beb. Asalkan berduit. Tambahlah laki si kinah ni pilot. Bagi aku yg gigih dm kinah tu mmg nampak sangat kaki bawang. Tp as a wife, kinah kena lah selidik jgk. Takkan pokok bergoyang klu takde angin.Ini tak, terus maki hamun dkt IG. Dah berapa byk kes esp artis2, yg sblm cerai laki ada rumors dgn pmpn lain. So ambillah iktibar. Bukan terus meroyan & tutup peluang nak siasat.

    • Anonymous

      July 23, 2018 at 9:08 am

      Dia DM je kot.bukan on public. Weird sungguh.

    • Anonymous

      July 24, 2018 at 4:45 pm

      kan… dia DM kot… tp Kinah ni post public pulak… dari org tak tau, orang terus tau, tak pasal2 orang trus was2, mna satu yang betul..org tu niat nak bagitau je, mana la tau betul kan, tp Kinah trus post public..dahla tak censored nama orang tu… knapa tak tunjuk sekali gambar yang dihntar oleh orang tu kalu btul tu bukan laki ko.. ni lah artis, orang DM, dia publickan..nanti orang tu tegur d ruang komen, dikatenye tak ikhlas. bengap betul. apa salahnya ko reply je, tu bukan laki kau, tq for ur concern…yelah dah memang bukan laki ko kan..wat pe nak marah lol

Loading...