July 21st, 2018

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba pelakon Sharifah Sakinah menerima kiriman mesej yang agak mengejutkan daripada seorang wanita  yang tidak dikenali menerusi akaun Instagramnya. Individu itu mendakwa suaminya, Aliff Adha yang merupakan seorang juruterbang sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang pramugari.

Bengang dengan tuduhan liar itu, Sakinah menerusi Insta Stories  menyifatkan wanita itu seorang yang suka jaga tepi kain orang dan membuat dakwaan tanpa sebarang bukti kukuh.

Terbaru, pramugari yang dikaitkan mempunyai hubungan bersama suami Sakinah tampil menafikan dakwaan itu. Malah, beliau yang dikenali sebagai Memei sudah pun mempunyai kekasih hati . Salah faham timbul mungkin kerana beliau tidak pernah memuat naik foto sebenar wajah kekasihnya yang dikatakan sama seperti suami Sakinah.

Bila benda ini sudah viral makin teruk dan kawan-kawan serta keluarga pun dah nasihatkan, jadi saya terpaksa muat naik gambar my boyfriend. Saya tak suka dedahkan siapa kekasih saya sebab tidak mahu orang tahu dia kerja apa, anak siapa semua tu. Tolong faham, itu privasi saya dan tidak ada sebab lain pun saya nak sorok. Pada yang dah fitnah saya tu, saya harap anda sedar kesan perbuatan tu. Sekarang anda boleh cakap tak tuduh dan hanya tanya. Tanya ke macam tu kalau sampai hantar gambar kami dekat dia?

Itulah sebelum ingin menyibuk hal orang lain ataupun buat tuduhan yang berat, pastikan ada bukti yang kukuh, tidak semena-mena sudah jadi salah faham yang besar dan cetuskan spekulasi liar pula. Bersabarlah Sakinah, biasalah bukan semua orang senang hati melihat kita mempunyai keluarga yang bahagia, anggap sahaja ini ujian yang akan mengukuhkan lagi cinta dan perkahwinan anda.

Sumber Berita : mStar Online


22 responses to “Wanita Ini Nafi Ada Hubungan Dengan Suami Sharifah Sakinah”

  1. tipahhhh says:

    weyh pompuan tu DM kot, bukannye post public ko nak melompat sgt.. If xbetul ignore or siasat. Xpyh la nak sound2 mcm tu n malukan orang mcm tu skali, aku baca pun dia ckp baik2 kot. Berlagak sgt gaya si kinah ni.

    • Anonymous says:

      Itulah pasal. Aku mcm tak boleh hadam kenapa kinah melenting teruk sgt sbb org tu dm elok2 je ayatnya. pdn muka dia. sibuk menyindir artis lain. rs lawak la tu. pdhal diri sndr tu hauk. haaa tepuk tepuk.

    • Anonymous says:

      samalah mcm kes kakak dia Sh. Shahira dulu pasal ada pompuan sound dia tak kena jemput gi kenduri kawin Pajura… Orang tu DM je kot tapi dia punya meroyan post DM tu siap sound Pajura suruh nasihat fans. wth? profile IG pompuan tu followers dgn post pon takde, sah2 la tu fake acc tapi nak melayan kenapa? busuk punya pompuan

    • Anonymous says:

      tp yg dm shahirah tu mmg rude. mmg dia dm je tp bahasa tu vari gaduh. lain kes dgn si kinah tu. org tu dm bgtau elok2. tp dia yg meroyan xtau sbb apa.

    • haha says:

      Sebab yela kot memang dia tau laki dia gatallll.. Ha tepukkkkkkk

    • takde sapa nak laki kau pun

      LoL

  2. nonoyyy says:

    hohoho, kalau dah ber bf tak semestinya tak boleh menyondol dengan laki org eh, lagi2 zaman skrng ni.. dulu tak tunjuk lgsg muka si bf tu, skrng pandai pula nk show off bagai .. dlu takut market lari ke sbb dah ada bf? selalu kalau tak ada angin, masakan pokok boleh bergoyang?
    so, sape2 dah berkahwin tu, pandai2 laaa jaga laki masing2 yaa.. iols seram

  3. Anonymous says:

    ha tepuk!!!!

  4. Teohyeuye says:

    Mai tepuk amai2 ramai2…sibuk nak bertepuk2 ….laki sendiri duk bertepuk2 tampar dengan stewardess…..walau cerita di sahkan x benar….Ada jugak persen laki dia bermiang dengan perempuan lain. Tunggu kejap lagi….tiada angin xkan pokok nak bergoncang-goncang.

  5. Pen Biru says:

    Padan muka kinah..suka sgt sibuk parody hal artis lain .sindiran pedas..now jagalh famili kau tu sendiri..jgn nnti org lain dok..haaa tepuk !!! kat muka kau kinah..mulut tu zip sikit la…

Loading...