Wanita Ini Mulakan Projek ‘Bekal Mom’ Untuk Memudahkan Anaknya Makan Pada Waktu Rehat

Kehidupan

Wanita Ini Mulakan Projek ‘Bekal Mom’ Untuk Memudahkan Anaknya Makan Pada Waktu Rehat

Siapa yang ingat suasana waktu rehat di sekolah dahulu? Waktu rehat di sekolah dahulu boleh diibaratkan seperti nak pergi berperang. Mana tidaknya, dalam masa 20 minit kena beratur untuk beli makanan, nak makan, itu belum lagi kalau tiba-tiba rasa nak ke tandas pula. Semuanya dalam masa 20 minit!

via GIPHY

Advertisement

Seorang ibu berkongsikan bagaimana anaknya terpaksa berlapar kerana tidak sempat untuk membeli makanan di kantin. Bermula dari situ, Izyani Zulkifli mula menjalankan projek #bekalmom untuk anak-anaknya ke sekolah.

Status sebagai ibu bekerja tidak menjadi penghalang buatnya dan dia akan bangun seawal 5.30 pagi untuk menyiapkan bekal untuk anaknya.

Bekal yang disiapkan bukan sahaja dimasak olehnya sendiri tetapi juga dihias dengan cantik dan menarik perhatian anak-anaknya untuk makan. Sambil tu, boleh lah tarik perhatian anak yang cerewet nak makan kan?

Bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan tapi juga lebih sihat kerana makanan yang dimasak di rumah lebih baik dari makanan di luar. Para ibu juga boleh memantau makanan yang dimakan anak-anak dengan lebih baik.

Mungkin para ibu di luar sana boleh mendapat idea untuk menyiapkan bekal makanan untuk anak-anak ke sekolah. Lebih jimat, sihat dan anak-anak pun berselera nak makan. Lepas ni anak anda tak perlu lagi tergesa-gesa waktu rehat.

Boleh ikuti laman Instagram Bekal Mom untuk dapatkan lebih idea dalam menyiapkan bekal anak-anak anda. Selamat mencuba!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...