Wanita Ini Luah Rasa Kecewa Kerana Bengang Simpanan Di ASB Hilang

Trending

Wanita Ini Luah Rasa Kecewa Kerana Bengang Simpanan Di ASB Hilang

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan dana unit amanah untuk Bumiputera Malaysia yang perlu dimiliki. Akan tetapi, bukan semua orang memahami ASB dan apakah yang menjadikan ASB begitu menarik.

Advertisement

Apakah Amanah Saham Bumiputera (ASB)?

ASB telah dilancarkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad pada 2 Januari 1990 untuk semua Bumiputera Malaysia. Objektif dana ini adalah untuk menyediakan satu cara simpanan alternatif bagi Bumiputera Malaysia. Ia bertujuan untuk menjana pulangan jangka panjang yang konsisten dan berdaya saing untuk pelabur-pelabur.

Duit Hilang Dari ASB?

Menurut perkongsian yang dikongsi oleh seorang netizen, beliau telah meluahkan amarahnya apabila simpanan beliau dalam akaun ASB telah hilang tanpa berjaya dikesan.

Ini perkongsian beliau..

Hari ni memang geram dan sakit hati betul. Tak pernah-pernah menyumpah, menyumpah aku hari ini dibuatnya. Sampai nangis-nangis aku arini orang ASB buat camni.

Konon nak selamat simpan ASB, simpan Giro pun macam tu asyik makin berkurang duit.Baik simpan bawah bantal lagi selamat.

Selepas 5 tahun baru nak kemas kini buku asb, asw, asd sebab baru jumpa balik buku tinggal umah mak. Habis lesap duit aku dan anak-anak aku.

Total 4 orang hilang RM600.95 dan baru tau sekarang ASB dah tak pakai buku. Nasib la aku tak macam dulu. Kalau tak mahu bertekak jugak tadi dekat ASB TELUK INTAN.

Senang-senang kau cakap aku ada buat pengeluaran terus RM 433. Tak logik langsung. Memang buku penah aku hilang, aku ada buat buku baru.

Tapi tu tahun bila, ok takpe lah bila kau dah mula tinggikan suara cakap kuat pasal aku ada buku hilang la apa sebab kau nak tutup duit aku hilang.

Bila aku soalkan duit anak-anak aku pulak., kau cakap buku anak-anak aku pun hilang. Korang kata buku anak2 aku pun pernah hilang, tu memang betul buat aku marah.

Tengok yang korang print pasal pengeluaran ada yang masa-masa keluarkan duit tu memang aku tak pernah jejak kaki ke pejabat pos keluarkan duit sejak aku sakit masa beranak anak no.3

5 tahun tak penah ke pejabat pos. Ada pengeluaran RM 30 , 40 . Maaf, aku tak kan keluarkan duit bawah RM50 lah. Tarikh akhir aku masuk pejabat pos masukkan duit sahaja pada tarikh yang sama 4 buku.

Korang dah pergi cek akaun ASB korang ke?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...