Wanita Ini Kongsikan Situasi Yang Berlaku Di Kawasan Zon Merah, Sama Seperti Filem ‘Hunger Games’

Trending

Wanita Ini Kongsikan Situasi Yang Berlaku Di Kawasan Zon Merah, Sama Seperti Filem ‘Hunger Games’

Masuk fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menandakan 15 kawasan yang mempunyai kes COVID-19 paling tinggi sebagai kawasan zon merah.

Terdapat juga beberapa lokasi yang sudah dijalankan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Ini kerana dipercayai ramai penduduk di kawasan tersebut mempunyai kes positif COVID-19.

Advertisement

Mana-mana penduduk dan pelawat yang yang berada di kawasan yang terjejas tidak dibenarkan sama sekali untuk meninggalkan kawasan rumah sepanjang pelaksanaan PKP.

Hunger Games

Sedutan filem Hunger Games

Tular di laman Twitter apabila seorang wanita berkongsi bagaimana keadaan di zon merah yang dianggap sudah seperti dalam filem Hunger Games. Menurutnya, setiap dua hari sukarelawan akan masuk ke kawasan zon merah dan menghantar bekalan makanan kepada semua penduduk di situ.

Lebih ketat, komunikasi secara langsung tidak dibenarkan antara penduduk dan sukarelawan. Bekalan makanan akan diletakkan di hadapan rumah penduduk sahaja dan sukarelawan perlu beredar segera sekiranya semua penghantaran selesai dilakukan.

Seorang lagi pengguna Twitter juga berkongsi perkara yang sama dialaminya di kawasan zon merah. Video tersebut sama seperti apa yang telah diceritakan. Netizen yang menonton video tersebut bersetuju situasi yang terjadi boleh disamakan dengan adegan filem Hollywood futuristik itu.

Tidak kurang juga yang memberikan reaksi simpati kerana perlu berhadapan dengan situasi membimbangkan seperti itu. Perasaan gerun dalam kalangan netizen juga dapat dilihat kerana rata-rata mendoakan agar kawasan yang lain tidak perlu menghadapi situasi serupa.

Namun, netizen tidak mematahkan semangat penduduk di kawasan yang terkesan dengan mengirimkan kata-kata semangat dengan menggunakan meme dari siri filem Hunger Games. Sedikit sebanyak hilang perasaan takut yang menimpa orang ramai di kawasan zon merah.

Amat penting untuk masyarakat mematuhi dan akur dengan arahan yang telah dikeluarkan pihak berkuasa dalam menangani penularan wabak virus COVID-19 di negara ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...