Wanita Ini Kongsi Tips Untuk Kenal Pasti Produk Kecantikan Yang Selamat

Trending

Wanita Ini Kongsi Tips Untuk Kenal Pasti Produk Kecantikan Yang Selamat

Sebelum ini kita telah mendengar mengenai Asmida Wahab yang telah mengalami masalah kulit setelah menggunakan produk kecantikan tempatan. Sebenarnya, bukan Asmida saja, tetapi ramai individu lain mengadu mempunyai masalah yang sama setelah menggunakan produk yang enggan dinamakan tersebut.

kosmetiktem

Advertisement

Sejak itu, masyarakat Malaysia memberi perhatian kepada tahap keselamatan produk kecantikan tempatan yang kebanyakannya ialah produk yang dijenamakan dan dibungkus semula dari Thailand, Indonesia dan China. Kita mula menyedari tentang kesan negatif produk kecantikan yang mengandungi bahan berbahaya seperti hyroquinone, tretinoin, plumbum, paraben, merkuri dan sebagainya.


Seorang pengguna Facebook, Shida Idris telah mengongsi satu cara yang boleh mengesan sama ada satu produk kecantikan itu bahaya atau tidak.

Hari itu aku ada terbaca viral kisah seorang anak gadis yang masih muda, muka dia teruk berjerawat lepas pakai satu produk tempatan. Hari ini aku terbaca akhbar Sinar Harian sambil tunggu giliran (pemeriksaan), kisah seorang wanita yang mukanya macam kena penyakit panau atau balar (tompok putih di muka) yang sangat teruk.

Sebenarnya, aku sendiri pernah kena. Tapi nasib baik dah hilang.

Tahun lepas, aku adalah gatal beli satu produk ni sebab tengok macam best saja. Beli satu set.

Lepas pakai, muka aku macam terbakar. Pipi dan dahi merah sampai kena tegur dengan rakan sepejabat. Tapi aku tetap teruskan pakai sebab aku jenis tak percaya pakai sekejap terus cantik.

Aku tanyalah penjual, dia beritahu suruh hentikan (pakai) krim malam. Kemudian, aku berhenti. Masih sama. Hampir habis jugaklah aku guna tapi dahi aku dah macam terbakar.

Lepas tu, aku serik dan sekarang aku tetap guna produk tempatan tapi yang 100% organik saja.

Cumanya aku nak bagi tips di sini pada sesiapa yang nak guna produk kosmetik tempatan. Aku dapat tips ni dari orang yang pakar perubatan juga.

CALIT KRIM MALAM ATAU KRIM SIANG PADA SPAN DAN BIARKAN SELAMA BEBERAPA JAM. KALAU SPAN BERTUKAR JADI HITAM, BERHENTI GUNAKAN PRODUK ITU.

Kalau aku beritahu, berapa banyak kosmetik tempatan popular yang sebenarnya bahaya, mesti ramai tak percaya.

Selamat mencuba.

Sebenarnya juga, lagi satu cara untuk membeli produk yang selamat ialah dengan membeli di farmasi-farmasi. Produk kecantikan farmasi semuanya telah diuji secara dermatologikal dan telah memenuhi standard keselamatan sebelum dijual.

Jangan perjudikan kulit wajah anda demi mendapat kulit sempurna dalam masa yang singkat. Kalau kesan buruknya bukan di muka, mungkin kesannya ialah di dalam badan anda.

Sumber: Shida Idris – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...