Setiap orang suka makan kek. Lebih-lebih lagi bila boleh buat sendiri. Bila-bila masa je boleh makan dan lagi best siap ada “topping”.
Menerusi perkongsian dari Robizamunira MK, dia hanya membuat ‘topping’ sahaja, iaitu ‘cream cheese’ yang meleleh. Macam sedap!
Selamat malam, sebelum tido jom buat chesse kek 5 minit siap, esok boleh bawak pergi keja.
Resepi chesse kek 5 minit siap!
Bahan-bahan
1. 200g cream chesse (kalau brand emborg ada jual ngam 200g)
2. 170g susu pekat manis (kalau suka manis, letak lebih sikit)
3. 50ml Whipping cream
4. Cheddar (untuk letak bahagian atas chesse cake)
5. Kek span pandan beli di NSK (RM5.60)
Cara-caranya
i. Campurkan cream chesse, susu pekat dan whipping cream. Gaul sehingga sebati, sampai xberketul. Pakai tangan je.
ii. Potong kek pandan letak dalam bekas siap-siap
iii. Tuang cream chesse yang dah siap ke atas kek pandan ikut banyak yang korang nak.
iv. Kemudian parut cheddar atas kek tersebut, , ,
v. siap simpan dalam peti semalam, esoknya boleh dimakan dengan bismilah
** selamat mencuba
Kredit : Robizamunira MK