Wanita Ini Kongsi Pengalaman Jadi ‘Fulltime Housewife’ Selama 4 Tahun Yang Disangka Mudah Diawalnya

Trending

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Jadi ‘Fulltime Housewife’ Selama 4 Tahun Yang Disangka Mudah Diawalnya

Baru 4 tahun jadi surirumah sepenuh masa. Nak gelak pada diri sendiri kejap. Saya sangkakan pekerjaan ni sangat mudah. Maklumlah duduk rumah saja.

Dalam kepala bangun pagi siapkan sarapan, kemas rumah, masak tengahari, jaga anak, okey. Lepas tu tunggu suami balik. Macam dalam drama betul?

Advertisement

6 bulan pertama? hah?

Pengurusan masa kelaut. Ribut taufan saya. Namun hari-hari kita BELAJAR dengan anak2 dan rakan-rakan suri rumah lain. Macam mana nak uruskan rumah tangga dengan cepat dan terurus.

Macam mana cara nak jimatkan masa supaya ada masa dengan anak2 dari asyik mengadap membuat kerja rumah sahaja.

Macam mana nak mengawal emosi yang macam roller coaster ni sebab mengadap anak yang bermacam karenah. Menangis, bergaduh berebut barang, anak tengah aktif meneroka.

Macam mana nak uruskan anak kecil bawah 4thn sblm terjadi, semasa terjadi atau selepas terjadinya tantrum. Bagaimana nak tangani isu bosan kerana kita lakukan kerja yang sama, berulang ulang kali dan kejadian setiap hari.

Bagaimana cara nak berjimat dan selesakan diri, tenangkan diri dan sebab tak dapat beli barang seperti dahulu masa bekerja. Ini bukan mudah untuk mereka yang pernah pegang duit sendiri ketika bekerja sebelum ni.

Paling utama..

Macam mana nak beribadat awal waktu dengan mengadap anak kecil 3, 4 orang. Jangan kerana anak, kita jauh dengan tuhan. Ini yang paling saya takut.

Cabaran ni setiap hari ada sehinggalah anak itu besar. Kalau tak ditangani betul2 kita akan stress dan boleh bertukar kepada deppress.

Allah ada bersama kita.

Saya jadikan setiap waktu solat sebagai deadline untuk satu-satu urusan. Kita belajar baiki diri dari hari ke hari. Buat apa yg termampu kerana tiada istilah superwomen bagi saya.

Rumah bersepah? Mai kemas bersama-sama anak. Saya dah tak kuasa dah nak kemas sorang. Pembahagian tugas perlu diberi bila mereka dah mampu buat.

1. Letak baju kotor dalam bakul.
2. Letak pinggan lepas makan dalam sinki.
3. Basuh pinggan sendiri lepas makan.
4. Lap jika tertumpah air atau kuah
5. Kemas tempat tidur sendiri
6. Kemas mainan lepas main.
7. Kemas buku-buku lepas baca dirak
8. Dan lain lain bila dah mampu buat bergantung pada kemampuan anak.

Jangan semua kita buat. Nanti penat sendiri. Sihat dan muda boleh lagilah pegang penyapu, pegang mop. Dah tua nanti? Bila tak sihat nanti?

Antara isu suri rumah juga adalah bagaimana nak mengadap manusia yang memandang rendah dengan pekerjaan ini. Mental kena kuat dan belajarlah menjadi telinga kalis segala kata-kata sinis mereka itu.

Kalau tak overcome perkara ni kita akan datang rasa rendah diri dan tak berguna. Rasa useless segala macam datang hinggap dalam kepala ni. Sekarang saya amalkan lantaklah, ignored golongan sebegitu.

Saya mengalu alukan perkongsian pengalaman atau cara ibu-ibu yg sedang membaca ni. Banyak lagi nak kena belajar. Mana tahu ada yg boleh saya ambil dan amalkan. Terima kasih didahulukan.

Kredit : Norasikin Hussein

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...