Wanita Ini Kongsi Pengalaman Bantu Mangsa Taufan Jebi Osaka

Trending

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Bantu Mangsa Taufan Jebi Osaka
Awal bulan ini, Taufan Jebi telah menyerang salah satu bandar utama di Jepun, Osaka.
Osaka lumpuh dalam sekelip mata, Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai terpaksa ditutup dan jalan-jalan utama serta bekalan elektrik terputus.
Ramai yang tecedera dan ada yang terkorban dalam kejadian tersebut. Salah seorang rakyat Malaysia yang menetap disana berkongsi detik menghadapi situasi cemas berkenaan dan bagaimana dia serta suami membantu mangsa-magsa yang terkandas.
Sehari selepas taufan melanda, Ros dapati ada mangsa yg terkandas di Kansai Airport dan kawasan Bandar Osaka.
Ros dapat maklumat semua mangsa ni melalui page di Facebook Road to Japan, Ros cuba hubungi mereka melalui private message dan cuba dapatkan nombor telefon mereka, setelah perolehi nombor telefon, next WhatsApp untuk cuba berhubung dan tahu lokasi mereka.
Tanya apa yang mereka perlukan, semua mahukan makanan, jadinya Ros sedaya upaya masakkan menu malaysia khas untuk mereka, namun bergantung juga pada bahan sedia ada di dalam peti sejuk beku.
Setelah siap memasak, Ros dan suami Yusop Ali membungkus 21 pax makanan untuk diagihkan pada 3 tempat berbeza iaitu di Shin Osaka (8pax) namba ( 11 pax) dan shinsaibashi (2 pax) kami sertakan juga sedikit roti dan ikan tuna dalam tin untuk mereka.
Pada malamnya pula, ada mangsa yang terkandas di Kansai Airport hubungi kami, menyatakan mereka akan dibawa menaiki bas keluar dari situ, dan bergerak ke Izumisano Station. Jadinya memerlukan pengangkutan dan sedikit makanan, masa itu jam sudah pukul 1 pagi.
Di Izumisano suami serta seorang lagi rakan iaitu cik Rozita Sawada Shin membantu mereka di sana, roti dan makanan di agihkan, lebih kurang 17 dewasa 2 orang kanak-kanak berada di sana.
Separuh mereka hanya tunggu di Izumisano kerana ingin bergerak ke Nagoya awal pagi dan separuh lagi suami saya bawa ke apartment di Central Osaka menaiki kereta.
Pagi ini pukul 8:30 pagi, 6 September, suami saya pergi sekali lagi ke Izumisano Station untuk membantu lagi 2 orang rakyat Malaysia, kami bawa mereka ke rumah, sediakan sarapan dan membantu mereka untuk perjalanan menaiki bus ke Tokyo.
Petang pula kami ke apartment yang diduduki rakyat Malaysia di Central Osaka dan menyerahkan makanan serta bekalan susu formula bagi anak mereka. Selepas itu kami bawa mereka ke Shin Osaka untuk membantu mereka membeli tiket bullet train ke Tokyo kerana pihak Air Asia telah reroute perjalanan mereka melalui Haneda Airport untuk pulang ke Malaysia Sabtu ini.
Malam pula menghantar makanan pada 4 lagi rakyat Malaysia yang memerlukan.
Kami membantu mereka dengan pengangkutan percuma dan tanpa apa-apa bayaran. Setiap makanan yang diberikan, perasaan lega, sedih, teruja, hiba semua ada, bergenang air mata dapat membantu kawan senegara walaupun saya sebenarnya masih trauma akan kesan taufan jebi yg lalu, rumah kami biarkan dulu, kami akan bersihkan perlahan-lahan, kami akan dahulukan kebajikan pelancong Malaysia
Hari ni hari mereka, hari kami tak tau bila, cuba mudahkan perjalanan mereka.

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...