Wanita Ini Dedah Bagaimana Dia Hampir Jadi Mangsa Penipuan Membabitkan Bank Negara Malaysia

Trending

Wanita Ini Dedah Bagaimana Dia Hampir Jadi Mangsa Penipuan Membabitkan Bank Negara Malaysia

Kalau sudah namanya penipu, bermacam-macam cara penipuan dilakukan. Di negara kita pun, terdapat pelbagai skema penipuan direka oleh golongan penipu ini.

ccscamSeorang pengguna Facebook, Kelly Hoong, menceritakan bagaimana dia hampir menjadi  mangsa penipuan kad kredit membabitkan Bank Negara Malaysia baru-baru ini.

Advertisement


Kepada semua rakan yang membaca post ini, saya hampir menjadi mangsa satu penipuan yang sedang berlaku di Malaysia waktu ini. Ya betul, saya.

Ini kisah benar tentang apa yang telah saya alami mulai 2.00 petang hari ini. Saya tulis semua ini dengan harapan anda semua akan berhati-hati dengan mesej serta pemberitahuan panggilan yang anda terima. Tolong baca dan ambil maklum.

Pada 1.11 petang hari ini, saya terima satu SMS dari Bank RHB memberitahu yang saya telah membuat satu transaksi pembelian di sebuah kedai jam tangan premium di KLIA2. Saya belum pernah buat sebarang akaun simpanan dengan RHB, apatah lagi memiliki kad kreditnya. Nilai transaksi itu menakutkan saya. Pada mulanya saya tak pedulikan SMS itu, tetapi setelah berbincang ringkas dengan rakan sekerja, saya memutuskan untuk telefon nombor yang tertera.

15069052_10154694315147008_815861311137323631_oSeorang wanita angkat telefon, dan memperkenalkan dirinya sebagai ‘Summer’. Dia senyap saja mendengar situasi saya sehingga saya berhenti bercerita. Dia kemudian tanya apa nombor yang menghantar SMS itu kepada saya, kod rujukan SMS, dan nombor telefon saya supaya dia boleh telefon semula setelah membuat semakan dengan pengurusnya. Dia kemudian telefon saya semula dan memberitahu terdapat satu kad kredit didaftarkan atas nama saya dan dia menyebut nama penuh saya DAN alamat rumah saya. Di sini ingin saya tekankan kepada semua yang membaca status ini yang saya tidak beritahu dia nama penuh saya semasa kami bercakap sebelum itu.

Summer terus memberi penerangan. Dia beritahu, berdasarkan rekod yang ada padanya, saya telah memohon untuk membuat kad kredit RHB pada Oktober 2016. Ia mungkin dipohon semasa promosi jelajah yang dibuat oleh bank itu. Dia kemudian beritahu saya jenis kad kredit yang ‘jelas’ dimiliki oleh saya dan nombor penuh kad kredit tersebut. Bila saya beritahu dia yang saya dah bertahun tak pergi ke Lot 10, saya ulang beberapa kali yang saya tidak pernah ada akaun bank dengan RHB atau memohon kad kredit RHB. Dia seperti keberatan untuk percaya dan bertanya sama ada saya pernah kehilangan kad pengenalan sebelum ini, atau saya pernah memohon pinjaman dari mana-mana institusi dan menyerahkan salinan kad pengenalan saya untuk apa-apa permohonan dengan bank. Saya berkata tidak. Kemudian dia berkata, ‘puan, saya akan batalkan kad kredit ini kerana disyaki satu penipuan dan membekukan akaun tersebut.’

Dia kemudian bercakap mengenai kes-kes penipuan terbaru di mana penipu menggunakan salinan kad pengenalan orang lain untuk memohon kad kredit sewaktu bank mengadakan promosi jelajah di kompleks beli-belah.

Dia minta saya tuliskan satu nombor telefon, yang didakwanya nombor telefon Bank Negara Malaysia (Bahagian Laporan) dan dia minta saya buat laporan kepada nombor itu. Malah dia beritahu yang saya berhutang dengan RHB sebanyak lebih RM 8,000. RM 8,000? Itu lagi mengejutkan saya kerana jumlahnya lebih banyak dari jumlah yang tercatat dalam SMS yang saya terima. Dia berkata yang saya dah terlambat bayar untuk bayaran bulanan pertama dan sekiranya RHB tak terima bayaran untuk bulan kedua, mereka tiada pilihan melainkan hantar maklumat saya kepada Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai prosedur normal mereka. Nama saya akan disenarai hitamkan sehinggalah saya bayar hutang tersebut.

Mengikut nasihatnya, saya telefon nombor itu iaitu 03-27887256 dan panggilan saya sampai kepada Respon Suara Interaktif (IVR). Pilihan yang diberi oleh IVR macam real saja, jadi saya tekan 4 untuk ‘isu berkaitan penipuan’. Telefon berdering lama dengan suara yang asyik berkata :

Semua agen kami sedang sibuk. Panggilan anda akan dilayan sebentar lagi.

Saya tunggu selama 10 minit sebelum batalkan panggilan. Sebelum telefon untuk kali kedua, saya mula rasa curiga. Saya Google dan cuba cari nombor telefon BNM yang lain, takkan ada satu saja nombor untuk laporkan kes penipuan pada BNM, kan? Laman rasmi BNM laju saja keluar, dan saya terpadang satu frasa yang berkelip pada laman itu. Ia tulis:

Adakah anda mangsa penipuan kad kredit?

Saya klik frasa itu dan laman itu menyenaraikan semua langkah-langkah yang telah saya alami sendiri! Dari terima SMS sehingga perbualan saya dengan ‘Summer’.  Bila saya terbaca langkah akhir, saya rasa bulu roma saya meremang. Ia satu penipuan (sila klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut)

http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/0205_card.htm

Nombor telefon yang tertera di laman rasmi BNM bermula dengan 1-300. Tak sama pun dengan nombor yang Summer beri pada saya. Sebab saya tak puas hati, saya telefon nombor rasmi BNM yang bermula dengan 1-300 itu. Pilihan IVR di nombor itu sama saja dengan nombor yang saya dail awal tadi, saya masih tekan 4 untuk ‘penipuan’. Apa yang berlainan cuma tiada mesej yang beritahu agen mereka sedang sibuk, sebaliknya mereka minta tinggalkan mesej dan nombor telefon untuk mereka telefon kemudian, atau tekan 1 untuk terus berada di talian. Saya tak tahu berapa lama saya tekan 1 sehingga seorang wanita angkat telefon.

Saya kata:

Tolong jangan letak telefon sebab saya sangat perlukan bantuan cik untuk kes saya (dalam nada bergurau).

Agen itu mula ketawa dan tanya apa yang boleh dia bantu saya. Sebelum saya mulakan cerita, dia kata

Dia: Kelakar bila cik minta jangan letak telefon sebab saya rasa saya tahu kenapa cik telefon BNM.

Saya: Huh???”

Dia: Biar saya teka, cik dapat panggilan atau SMS dari RHB atau BSN, memberitahu yang cik telah dicaj harga yang tinggi kerana buat pembelian di mana-mana kedai di KLIA2 dengan nombor rujukan dan nombor telefon untuk buat panggilan balik sekiranya transaksi itu bukan dilakukan oleh cik?”

Saya: Ya, memang itu yang berlaku!

Dia: Cik telefon nombor yang tercatat dalam SMS?

<terasa malu>

Saya: Ya.

Dia: Saya harap cik tidak beri sebarang maklumat perbankan cik ataupun nombor CVC kerana mereka akan lesapkan setiap sen yang ada dalam akaun bank cik.

Saya: Tak, saya tak beritahu sebab tak ada orang jawab panggilan.

Dia ketawa seronok dan kata saya bertuah kerana panggilan saya pada nombor penipu itu tidak dijawab. Dia tak dapat bayangkan apa akan berlaku sekiranya panggilan itu dijawab seseorang.

Saya pun ketawa sekali kerana terasa lega. Malah dia usik saya kerana percayakan cerita si Summer. Waktu ini saya sangat lega dan beritahu dia tak baik ketawakan pelanggan. Tetapi saya rasa dia dah terima beribu panggilan dengan isu yang serupa .

Saya ucapkan terima kasih atas nasihatnya untuk saya abaikan SMS atau panggilan serupa itu di masa hadapan.

Jadi, apa yang dipelajari:
1. Bank hanya hantar SMS dari pengedar SMS berlesen bermula dengan nombor lima digit e.g 6XXXX

2. SMS dengan transaksi yang telus anda terima akan mencatatkan 4 digit terakhir kredit kad anda, BUKAN sekadar 2 nombor terakhir.

3. Sentiasa pangkah salinan kad pengenalan di bahagian atas kertas dan nyatakan untuk apa salinan itu dibuat . Contohnya “untuk kegunaan insurans (nyatakan syarikat insurans yang mana jika perlu)”

4.  Bank tidak akan sebutkan nama penuh anda pada anda, atau sebutkan nombor kad kredit anda pada anda, dan juga sebutkan alamat rumah anda. Jika anda telefon bank, mereka sebaliknya akan tanya soalan-soalan untuk memastikan anda pemilik kad sebenar.

5. Jangan telefon nombor pada SMS. Kalau nak telefon, guna nombor yang tertera pada kad kredit atau penyata. 

6. Jangan berikan maklumat bank dan/atau nombor CVC  kad kredit/debit ada menggunakan telefon kepada sesiapa.

7. Setiap pegawai BNM ada nombor pengenalan, sama seperti polis dan tentera.

8. Kalau masih ragu-ragu, telefon nombor 1-300 sahaja.

***

Dah bermacam-macam cara direka oleh penipu, jangan lupa kes Farhah Taharin yang menipu duit sewa rumah sebelum ini, dan pelbagai jenis penipuan lain termasuk love scam. .Jangan jadikan diri anda mangsa mereka. –amazingnara.com

Sumber: Kelly Hoong

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...