Wanita Ini Cerita Pengalaman Ditinggalkan Kerana Gemuk, Dan Bagaimana Dia Bangkit Dari Kekecewaan

Trending

Wanita Ini Cerita Pengalaman Ditinggalkan Kerana Gemuk, Dan Bagaimana Dia Bangkit Dari Kekecewaan

 Let’s go short and sweet. Akak baru terbaca berkenaan seorang perempuan yang tinggi, tegap dan padat badannya telah ditolak cintanya. Akak pun nak kongsi hal yang sama.
 photo gemuk.jpg
YA. LELAKI MEMANG PANDANG RUPA.

Akak ini ketinggian 170 cm berat 70 kg. Berusia 27 tahun. Tak kahwin lagi.

Advertisement



Dari tadika, akak yang paling tinggi antara semua. Tapi masa tu akak gembira saja di sekolah. Nyanyi, belajar ABC, makan, tidur.

Masuk sekolah rendah. Pun akak paling tinggi dan besar dari semua orang. Akak jadi bouncer di sekolah. Kalau kawan-kawan perempuan diusik, nak gaduh dengan kawan lelaki, mesti mereka menyorok belakang akak. Iyalah. Sebab akak besar. kan? Dah macam jantan sudah akak masa itu.

Masuk sekolah menengah, lagi teruk jiwa akak dibuli. Oh, akak tak dibuli fizikal. Sebab akak besar, kan? Jiwa akak dibuli. Mereka panggil akak BERUANG wehh. Beruang. Jahat mulut. Menangis akak dalam diam.

Masuk universiti, tak ada orang minat pun. Sebab gemuk, besar, tinggi, gelap. Siapa nak? Kan? Akak bercinta jarak jauh. Dari semester 3 sampailah akak kerja dua tahun.

5 tahun bersama. Akhirnya, dia tinggalkan akak macam itu saja. Dia kahwin dengan perempuan putih kurus. Cisss. 5 tahun akak sia-sia saja tunggu engkau. Putus pun dalam telefon saja, tak jumpa langsung.

Bila dah berkerjaya, akak mula rasa kepentingan jaga penampilan diri sebab akak kerja jumpa orang. Huhu. Sebab berat akak dah mencecah 100kg weyyyyyy. Gemok amat. Akak buat macam-macam diet, supplement, vitamin.

Hasilnya, alhamdulillah. Dah kurus and putihlah sedikit hasil minum 4 liter air sehari. Beauty is pain. No pain no gain. LOL. Setelah itu akak rajin kongsi gambar kat Instagram untuk beri inspirasi pada orang lain.

Tiba-tiba akak jadi terlajak laris (MasyaAllah bukan nak riak). Tiba-tiba ramai lelaki mendekati. Tiba-tiba abang-abang pejabat yang selama ini tak pandang pun akak, selalu ajak keluar makan tengahari sama-sama. Hari-hari puji. Tiba-tiba lelaki-lelaki jabatan lain pun mendekati, siap tanya dekat kawan satu jabatan dengan akak.

Ada orang barukah dekat jabatan engkau? Lawa. Nak berkenalan. Bagilah nombor.

Tiba-tiba lelaki yang suam-suam kuku dalam hidup akak, muncul kembali dan nak masuk meminang segala.

Dan tiba-tiba, bekas teman lelaki akak yang dah kahwin dengan perempuan lain itu, mendekati akak semula. Minta maaf, menyesal, rindu, nak jumpa, nak macam waktu dulu. Eh, puihhh la. Tak ingat binikah? Nak saja akak main-mainkan dia. Bikin dia jatuh cinta balik, kemudian tinggalkan dia. Tapi akak tak tergamak. Kasihan dekat isteri dia. Akak pun perempuan.

Nampak tak?

Bila gemok dan hodoh semua orang nak caci engkau. Buli jiwa engkau.

Bila kurus dan cantik, semua nak mendampingi engkau.

Adik-adik. Akak-akak semua. Jujur dari hati, usaha untuk kurus demi diri sendiri. Jangan buat demi org lain. Hasilnya puas hati. Akak dulu nak kurus sebab nak rasa badan ringan nak solat. Alhamdulillah. Yang penting, YAKIN DIRI.

SUmber: IIUM Confession

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...