Wanita Ini Berkongsikan Pengalaman Bersalin Dan Berpantang Di Jepun Seperti Berada Di Hotel

Kehidupan

Wanita Ini Berkongsikan Pengalaman Bersalin Dan Berpantang Di Jepun Seperti Berada Di Hotel

Wanita ini mendapat perhatian di media sosial kerana berkongsikan pengalamannya bersalin di Jepun. Melalui perkongsian di laman Twitter, beliau yang kini menetap di Jepun bersama suami dan anaknya menceritakan bagaimana procedure bersalin di sana.

Di Jepun, pihak hospital atau klinik akan mengajar tentang penjagaan anak yang baru lahir kepada ibu bapa. Menurut beliau, bukan sahaja dari segi cara untuk menyusukan anak malah cara untuk mandikan bayi yang baru lahir juga turut diajar.

Advertisement

 

“Sepanjang dekat hospital dorang akan jaga kita elok2. Cek luka jahitan every day for few times, cek blood pressure, air kencing ibu. Monitor berat baby & banyak mana susu baby minum everyday. Talk about family planning.”

Tapi yang paling menarik sekali tentulah makanan yang dihidangkan untuk ibu yang berpantang. Kalau melihatkan pada makanan yang dihidangkan, terasa macam makan di hotel pun ada.

Ini baru sedikit sahaja yang dikongsikan. Bayangkan lah selama 56 hari beliau menetap di sini berapa banyak jenis makanan lagi yang dihidangkan.

Disebabkan perkongsian ini telah mendapat perhatian ramai yang berminat untuk bersalin di Jepun tetapi semestinya ada syarat-syaratnya. Beliau berkongsikan antara syaratnya ialah perlu ada visa yang sah untuk menetap di Jepun dan juga perlindungan insurans.

Kerajaan Jepun juga akan memperuntukkan RM15,000 untuk biayai kos rawatan dan bersalin kepada mereka yang mempunyai visa menetap yang sah.

Seperti yang kita maklum, kerajaan Jepun sememangnya menggalakkan rakyatnya untuk menambah anak kerana masalah populasi di negara itu.

Kajian juga menunjukkan kadar kelahiran di Jepun mencapai rekod yang terendah sekali dengan hanya seramai 918,397 bayi dilahirkan pada tahun 2018.

Jadi disebabkan itu lah mereka melakukan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyatnya menambah bilangan ahli keluarga. Kalau tidak makin berkurang lah rakyat di Jepun nanti. Tapi seronok juga kan kalau dapat layanan macam ni di hospital kerajaan Malaysia?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...