Wanita Ini Berkongsi Bagaimana ‘Sunflower Lanyard’ Membantu Anaknya Yang Autistik Di Lapangan Terbang

Kehidupan

Wanita Ini Berkongsi Bagaimana ‘Sunflower Lanyard’ Membantu Anaknya Yang Autistik Di Lapangan Terbang

Baru-baru ini seorang ibu berkongsikan bagaimana pemakaian  ‘sunflower lanyard’ ini membantunya di lapangan terbang semasa percutian bersama anak lelakinya. Perkongsian Kim Baker di Facebook itu menceritakan bagaimana lanyard bercorak sunflower itu sebagai satu tanda atau ‘signal‘ kepada staff untuk memberitahu tentang anaknya yang autistik.

Skim ‘sunflower lanyard‘ diperkenalkan di United Kingdom pada tahun 2016 bagi membantu mereka yang mempunyai kecacatan tersembunyi seperti autistik untuk memudahkan urusan di lapangan terbang.

Advertisement

Melalui pemakaian lanyard itu, staff di lapangan terbang akan membantu memudahkan urusan dengan bantuan bahagian keselamatan tanpa perlu menunggu lama untuk beratur panjang.

Walaupun tidak ramai yang tahu tentang skim ini, di lapangan terbang Manchester keluarga akan mendapat bantuan dari staff dan diberikan keutamaan untuk beratur di barisan khas. Mereka juga akan mendapat akses untuk ke Sunflower Room, tempat menunggu yang jauh dari orang ramai.

sunflower lanyard
Perkongsiannya di Facebook itu telah mendapat 280 ribu perkongsian dan dia mengharapkan ianya dapat memberikan kesedaran terutamanya kepada keluarga yang mempunyai ahli keluarga dengan kecacatan tersembunyi.

“Kanak-kanak autistik kebiasaannya mengalami kesukaran untuk beratur. Mesej saya di sini jika anda ternampak sesiapa yang memakai sunflower lanyard ini untuk peka dengan situasi mereka.”

Melalui pemakaian sunlower lanyard ini, staff di lapangan terbang akan membantu dari segi:

  • Memberi sedikit masa untuk mereka bersedia bagi pemeriksaan keselamatan dan urusan penerbangan
  • Membenarkan mereka berada bersama keluarga setiap masa
  • Memberikan arahan yang lebih jelas untuk diikut
  • Menjelaskan dengan lebih teliti apa yang akan berlaku sepanjang penerbangan

kanak-kanak lelaki di dalam kapa terbang
Pemakaian sunflower lanyard ini sudah giat dijalankan di kebanyakan lapangan terbang di United Kingdom. Pada masa hadapan mereka turut merancang untuk ianya digunakan di pasar raya seperti Tesco.

Sumber: BBC

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...