Menerusi laman sosial X, seorang wanita telah berkongsi bagaimana dia mendapatkan kembali wangnya daripada ‘scammer’.
Ceritanya, dia telah membeli barang atas talian menerusi penjual dari Instagram namun parcel tersebut tidak sampai ke rumah membuatkannya berasa curiga.
Selepas membuat carian dan pemeriksaan di internet, dia mendapati bahawa dirinya sudah tertipu namun wanita ini tidak berdiam diri sebaliknya membuatkan ‘scammer’ tersebut memulangkan kembali wangnya.
Caranya, dia membuat transfer kepada akaun ‘scammer’ itu berkali-kali dengan nilai hanya RM0.01 sen sahaja bagi setiap transaksi. Wanita ini juga turut menulis perkataan ‘scammer’ pada bahagian ‘payment details’ transaksi.
Saya buat 20 transaksi RM0.01 sen (20sen) kepada akaun scammer itu pada lewat malam. Mereka mesej saya dan berjanji akan memberikan refund. Saya terima duit saya semula pada waktu pagi.
Meskipun jumlah pembelian wanita itu hanyalah RM53 sebelum ini namun dia akui tidak berdiam diri dan berasa puas dapat berbuat sedemikian kepada scammer itu.
Perkongsian wanita tersebut mendapat perhatian dan ramai yang berterima kasih kepadanya kerana menyebarkan tentang hal tersebut. Dengan perkongsian itu, ramai individu yang pasti akan menggunakan cara tersebut bagi mendapatkan semula wang mereka daripada ‘scammer’.