Wanita Ini Beri Respon Kepada Pejuang Hak Wanita ‘Uzur’ Makan Di Tempat Terbuka Pada Ramadan

Trending

Wanita Ini Beri Respon Kepada Pejuang Hak Wanita ‘Uzur’ Makan Di Tempat Terbuka Pada Ramadan

Tulisan Mrym Lee mengenai usahanya untuk memprotes pihak berkuasa dan orang ramai yang menjadi polis menghalang wanita yang tidak boleh berpuasa untuk makan di tempat terbuka di bulan Ramadan telah menjadi viral.  photo malu.jpg
Pelbagai pihak memberi pandangan ke atas perkara ini. Di sini kami kongsikan satu tulisan megenai sikap Mrym Lee dan orang sepertinya, semoga kita semua memperolehi manfaat bersama.

Advertisement

Kadang kala kita terlupa bahawa perasaan malu/sopan/hormat diri sendiri dan adab ialah sebahagian dari iman. Akhirnya, semuanya bergantung kepada perasaan malu yang dimiliki seseorang dalam dirinya, dan dalam kes ini, darjah sensitivitinya terhadap kepercayaannya  dan terhadap persekitarannya serta komuniti.

Menjerit pada wanita yang tidak boleh berpuasa kerana makan di tempat awam pada bulan Ramadan bukan sesuatu yang bijak. Tetapi sepatutnya dari awal lagi tidak wujud keperluan untuk wanita itu diberitahu yang perkara itu kurang sesuai dilakukan (dan sebabnya bukan kerana orang lain akan teringin makan).

Lupakan apa yang orang lain fikir, kadang kala, sesetengah perkara, walaupun tidak salah di sisi undang-undang dan ‘okay’, mempunyai kecenderungan menjadi ‘tidak betul’ bila diukur pada nilai diri dan rasa malu anda.

Sekiranya anda tidak boleh berpuasa, meluangkan masa lima hingga sepuluh minit untuk mencari lokasi yang sesuai untuk makan atau duduk makan diam-diam di tempat tersembunyi takkan menyakitkan sesiapa pun. Usaha ekstra anda itu menunjukkan sejauh mana sanggup anda lakukan untuk menunjukkan rasa hormat kepada agama anda dan kepada diri anda sendiri.

 

Dalam usaha kita yang obsesif untuk mengubah corak pemikiran dan norma masyarakat supaya menjadi lebih ‘terbuka’, beberapa perkara yang amat diperlukan perlu dikekalkan, kerana ia perkara yang betul. Bukan semua benda perlu dipamerkan. Kalau saya tak tayang, tak bermakna benda itu tidak wujud. Itu apa yang saya percaya.

Sabda Nabi SAW: Jika kamu tiada perasaan malu, maka kamu bebas untuk melakukan apa saja yang kamu mahu (Bukhari).

Perasaan malulah yang melindungi seseorang, jika ia hilang maka keadaan akan jadi huru-hara.

Bila kita hilang rasa malu barulah kita patut rasa bimbang, bukan sebaliknya.


-amazingnara.com

Sumber: Nadia Ashari

Di sini juga terdapat beberapa respon lain di Twitter.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.