Tulisan Mrym Lee mengenai usahanya untuk memprotes pihak berkuasa dan orang ramai yang menjadi polis menghalang wanita yang tidak boleh berpuasa untuk makan di tempat terbuka di bulan Ramadan telah menjadi viral.
Pelbagai pihak memberi pandangan ke atas perkara ini. Di sini kami kongsikan satu tulisan megenai sikap Mrym Lee dan orang sepertinya, semoga kita semua memperolehi manfaat bersama.
Kadang kala kita terlupa bahawa perasaan malu/sopan/hormat diri sendiri dan adab ialah sebahagian dari iman. Akhirnya, semuanya bergantung kepada perasaan malu yang dimiliki seseorang dalam dirinya, dan dalam kes ini, darjah sensitivitinya terhadap kepercayaannya dan terhadap persekitarannya serta komuniti.
Menjerit pada wanita yang tidak boleh berpuasa kerana makan di tempat awam pada bulan Ramadan bukan sesuatu yang bijak. Tetapi sepatutnya dari awal lagi tidak wujud keperluan untuk wanita itu diberitahu yang perkara itu kurang sesuai dilakukan (dan sebabnya bukan kerana orang lain akan teringin makan).
Lupakan apa yang orang lain fikir, kadang kala, sesetengah perkara, walaupun tidak salah di sisi undang-undang dan ‘okay’, mempunyai kecenderungan menjadi ‘tidak betul’ bila diukur pada nilai diri dan rasa malu anda.
Sekiranya anda tidak boleh berpuasa, meluangkan masa lima hingga sepuluh minit untuk mencari lokasi yang sesuai untuk makan atau duduk makan diam-diam di tempat tersembunyi takkan menyakitkan sesiapa pun. Usaha ekstra anda itu menunjukkan sejauh mana sanggup anda lakukan untuk menunjukkan rasa hormat kepada agama anda dan kepada diri anda sendiri.
Now this is something that really worth to be read. Beautifully written and expounded. pic.twitter.com/1X3kMFR4w3
— Slayhir (@_Syahir) June 27, 2016
Dalam usaha kita yang obsesif untuk mengubah corak pemikiran dan norma masyarakat supaya menjadi lebih ‘terbuka’, beberapa perkara yang amat diperlukan perlu dikekalkan, kerana ia perkara yang betul. Bukan semua benda perlu dipamerkan. Kalau saya tak tayang, tak bermakna benda itu tidak wujud. Itu apa yang saya percaya.
Sabda Nabi SAW: Jika kamu tiada perasaan malu, maka kamu bebas untuk melakukan apa saja yang kamu mahu (Bukhari).
Perasaan malulah yang melindungi seseorang, jika ia hilang maka keadaan akan jadi huru-hara.
Bila kita hilang rasa malu barulah kita patut rasa bimbang, bukan sebaliknya.
-amazingnara.com
Sumber: Nadia Ashari
Di sini juga terdapat beberapa respon lain di Twitter.
bagi pihak wanita2 yang lainnya, kami tidak ingin perjuangan hak yang nih. dia nak makan, dia makan sorang. https://t.co/3vIS0MSFqR
— #TeamCornflakesMadu (@cthalijahDzahir) June 27, 2016
Hat ni aku setuju teruk ???????????????????? #MaryamLee pic.twitter.com/2KJTVifcAt
— azanism (@zanonano_) June 26, 2016