Drama petang di sebuah stesen televisyen tempatan sering memaparkan watak-watak suami sempurna. Penyayang, kaya raya, kacak, setia dan personaliti seperti itu sememangnya menjadi impian para wanita. Mungkin atas sebab itu drama-drama seperti ini terus mendapat sambutan ramai dan stesen itu tetap menghidangkan cerita seperti itu.
Namun realiti memang berbeza dari kehidupan sebenar. Memang menjadi impian sesetengah wanita untuk berkahwin awal, memiliki anak, kehidupan pula ditanggung seratus peratus suami yang berharta. Sangka mereka kehidupan kekal sempurna. Tetapi bak kata pepatah, ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.
Seorang pengguna Twitter, @damiasakinah menceritakan mengenai rakannya, yang berkahwin selepas tamat sekolah dengan seorang lelaki muda yang kaya. Kehidupannya ditanggung 100% oleh lelaki itu. Bagaimanapun, apabila kehidupannya ditanggung sepenuhnya, lelaki itu mula mengungkit apabila kehendaknya tidak dipenuhi. Ikuti kisahnya:
Husband ada semua ciri suami drama TV3
“Minta jaga nafsu pun susah.”
Ada wanita lain
Jangan harap 100% duit suami
Telah banyak contoh yang kita lihat sendiri, banyak perkahwinan gagal kerana sesetengah lelaki mula berkira apabila menanggung hidup isteri. Ada yang isteri akhirnya terpaksa bekerja untuk menampung hidup anak-anak kerana nafkah anak pun gagal diberi oleh suami yang sudah ada ‘orang baru’.
Bak kata seorang wanita yang berpengalaman hidup:
Sumber: @damiasakinah