Wanita Ini Beri Komen Bernas Tentang Keputusan Kementerian Untuk Pelajar Tahun Tiga Belajar Asas Pengaturcaraan

Trending

Wanita Ini Beri Komen Bernas Tentang Keputusan Kementerian Untuk Pelajar Tahun Tiga Belajar Asas Pengaturcaraan

Bila membaca kenyataan bahawa nanti murid tahun tiga akan belajar asas pengaturcaraan, hati saya jadi sedih.

Sedih bukan sebab anak-anak kena belajar seawal usia begitu, tak!

Advertisement

seniBagus juga, ilmu harus diterokai.

Saya jadi sedih, sebab dunia ini tidak adil.

Sebab apa?


Kenapa anak-anak kita tiada pilihan, ya? Adakah pembuat dasar di kementerian pelajar semua bijak pandai dan ahli sains belaka? Kenapa tidak dipandang nilai sastera, seni dan kebudayaan di situ?

Mana hak anak-anak kita seawal usia sembilan tahun yang berbakat dalam bidang seni? Kena tunggu umur 12 tahun baru boleh memohon masuk sekolah seni. Itu pun sekolahnya amat-amat terhad. Saingan sengit.

Kenapa hak kanak-kanak yang berbakat begini sering dinafikan hak mereka? Tidak bolehkah orang dewasa berlaku adil?

Ada kanak-kanak sejak umur 3-4 tahun berbakat dalam bidang seni. Cuba tengok youtube atau Page kanak-kanak cilik yang berbakat macam anak Aziz M. Osman, petah bercakap, sekarang dan buat rangkaian youtube, ada pillow talk, ‘kids to kids’, kita yang dewasa pun terhibur dengan kepetahan mereka.

Ada kanak-kanak usia bawah 10 tahun mampu menulis cerpen dengan baik, mampu menggarap puisi dengan baik, cuba lihat nukilan mereka dalam majalah-majalah kanak-kanak?

Ada kanak-kanak berbakat dalam bidang seni tarian tradisi, ini anak-anak yang ibu bapa berduit akan menghantar anak-anak ke kelas-kelas persendirian yang bukan murah yurannya.

Pernah lihat kanak-kanak umur tujuh tahun yang melukis kartun komik, potret dengan sungguh cemerlang?

Pernah kalian lihat kanak-kanak seawal tujuh hingga lapan tahun licik di padang bola? Handal berlari atau berenang?

Pernah tak kalian merasa kuih, kek atau masakan sedap yang dimasak kanak-kanak usia lapan hingga sembilan tahun?

Anak-anak macam ini akhirnya kemana? Di sekolah harian, mereka ini tidak dipandang pun, paling-paling cuma diberi perhatian bila sekolah nak cari wakil pelajar ke acara seni, penulisan dan sukan. Habis pertandingan, budak itu ke mana? Bakat menulis pergi begitu sahaja. Cikgu mengajar Bahasa Malaysia pula terpaksa kejar silibus, tak boleh fokus pada anak murid yang hebat bakatnya.

Kalau dalam dunia perniagaan, kita memang ada kapitalis yang kerjanya mengira untung rugi dan memikirkan untung semata. Ini dunia pendidikan, bhai. Nasib anak-anak kita kita.

Berilah keadilan kepada anak-anak kita seawal usia untuk mereka belajar bidang yang mereka sukai. Sama seperti kalian memaksa kanak-kanak belajar pengaturcaraan di usia sembilan tahun?

Tidak bolehkah kanak-kanak ini diberi ruang ekspresi dalam bidang penulisan? Seni? Sukan? 20 tahun akan datang, kita mampu melahirkan mereka ini sebagai profesional dalam bidang mereka.

Beri ruang dan peluang mereka berkarya, dan berjaya, jangan peram bakat mereka, yang akhirnya mereka dipandang sepi dalam sistem pendidikan kita yang memandangkan bidang seni ini pilihan terakhir, dan tidak bemanfaat, lalu tertinggal dan tercicirlah anak-anak yang berbakat besar ini ditelan sistem pendidikan ‘ala kapitalis’ ini.

Mereka menghabiskan masa bertahun-tahun tanpa fokus kecenderungan yang khusus. Paling-paling ada kelas muzik seminggu sekali. Masuk sekolah menengah kelas muzik tidak ada dah.

Lihat ramai anak muda kita berbakat besar dalam bidang keseniaan, akhirnya bakat mereka sepusar bertayang di youtube dan Facebook sahaja.

Pada emak bapa yang ada anak yang berbakat dalam bidang seni dan tercicir dalam pelajaran, tenang, bantu dan sokong mereka, mereka akan berjaya kalau kena gayanya. Kalau mereka dipandang sepi di sekolah, di rumah pandanglah mereka dengan kejayaan, bukan kegagalan.

P/s: Tambahan:

Sebagai penulis skrip, hanya hendak kongsi, ramai saja penulis skrip yang kaya dan berjaya, kalau beringatlah dan kena rajin bekerja. Ada penulis senior yang saya kenali, hanya mensasarkan menulis tiga drama bersiri dan lima telemovie setahun.

Satu drama bersiri 13 episod. 1 jam dibayar RM 1,500 (paling kurang) kalau setahun dapat 3 drama bersiri 13 episod? (RM 1,500 x 13 episod = RM 19,500)

RM 19,500 x 3 drama bersiri = RM 58,000

Satu telemovie, paling kurang dia di dibayar RM 5000. Kalau 5 sudah RM 25,000.

RM 25,000 + 58,000 = RM83,000.

RM 83,000 bahagi 12 bulan, sebulan lebih kurang RM 6,958.

Koman tak gaji RM 6,000 sebulan?

Kerja menulis duduk di rumah saja, bila bosan, keluar lepak mamak.

Ada seorang kawan penulis skrip masih muda, umur 26 tahun, kumpul duit beli rumah flat RM 40,000, (tunai, okay) pakai kereta Honda apa entah macam sports car tu.

Ada kawan penulis boleh beli tanah harga RM 120,000 tanpa sesen berhutang dengan bank.

Ada orang pandang?

Tak.

Orang pandang doktor, jurutera, peguam, akauntan, dan lain-lain.

Sumber: Pnut Syafinaz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...