Wanita Ini Bercerai Dengan Suami Lumpuh, Kahwin Dengan Kawan Kemudian Jaga Bekas Suami Sama-Sama

Trending

Wanita Ini Bercerai Dengan Suami Lumpuh, Kahwin Dengan Kawan Kemudian Jaga Bekas Suami Sama-Sama

Seorang wanita disini membuktikan dirinya sebagai seorang isteri yang taat setia apabila sanggup bercerai dengan suaminya yang lumpuh sebelum berkahwin dengan rakan suaminya.

Advertisement

Yang heroicnya, wanita itu berkahwin dengan rakan suaminya itu supaya dapat bersama-sama menjaga bekas suaminya yang lumpuh itu.

Wanita terbabit yang dikenali sebagai Xie Xiping, telah menjaga bekas suaminya itu, Xu Xihan sejak dia lumpuh dalam satu insiden letupan pada 2002.

Mengingat kembali kisahnya, Xu menceritakan bagaimana jiran-jiran percaya isterinya itu akan melarikan diri selepas 3 bulan. Bagaimanapun, isterinya itu berkeras untuk menjaga Xu bersama-sama dengan anak-anak mereka.

Bagaimanapun, Xu menginginkan isterinya supaya hidup bahagia. Akhirnya pada 2009, Xu berjaya memujuk Xie untuk bercerai dan menyaksikan Xie berkahwin dengan rakannya, Liu Zongkui.

Sejak dari itu, Liu menggalas dua tanggungjawab sekaligus, iaitu menjaga Xie membantu isterinya untuk menjaga Xu. Pada 2012, Xie telah melahirkan anak lelaki baru.

Biarpun hidup dalam susur galur yang mengelirukan, ‘keluarga’ enam anggota itu hidup bahagia.

“Saya akan tetap bersama kamu hingga ke akhir selagi kamu tidak tinggalkan saya”, kata Xu.

Sumber :  shanghaiist.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...