Wanita Ini Alami Senggugut Teruk Setiap Bulan, Rupanya Ada Ketumbuhan 2.6 cm Di Rahim

Trending

Wanita Ini Alami Senggugut Teruk Setiap Bulan, Rupanya Ada Ketumbuhan 2.6 cm Di Rahim

Perempuan, tolong ambil masa sedikit untuk baca ini. Ini adalah pengalaman saya sendiri. Kalau masa datang bulan dan mengalami sengugut yang teruk, tolong jangan ambil mudah.

Advertisement

Saya sengugut memang teruk tiap-tiap bulan, namun saya ambil mudah saja perkara ini sebab ingatkan perkara normal. Saya takut makan ubat dan jumpa doktor.

Sampailah satu ketika di mana perut saya sakit, macam cramp. Pergi klinik, dikatanya muscle probelm. Tetapi tak tahan sangat, terus pergi ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk buat scan apa semua. Tetapi mereka kata, tiada apa-apa masalah.

Dah seminggu begini, saya tiba-tiba terlantar atas katil, tak boleh bergerak langsung. Kaki pun tak boleh diluruskan sebab perut sakit sangat-sangat, malah tak boleh bangun.

Saya dibawa ke Hospital Putrajaya. Selepas discan, doktor mendapat ada ketumbuhan 2.6 cm di bahagian rahim. Kemudian dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebab dekat dengan rumah.

Masuk HKL jam 7, doktor periksa ketubuhan sudah menjadi 6 cm. Sedih bila doktor kata saya perlu menjalani pembedahan segera sebab kalau lambat, ketumbuhan itu akan pecah dan menjadi kanser. Ovari sebelah kanan juga terpaksa dibuang sebab ketumbuhan sudah besar sangat dan bernanah.

Saya puasa selama enam jam. Jam 12, masuk dewan bedah dan selesai pembedahan 1.30. Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar.

Bila sedar pagi itu, sedih tengok perut saya ada tiga tempat kena bedah. Tapi tak mengapa, saya dah selamat hasil doa dari rakan-rakan semua.

Golongan perempuan, tolonglah ya. Dalam setahun, dua kali buatlah pemeriksaan rahim. Benda nak ‘pakai’ lama. Saya dah serik tinggal di hospital seminggu cucuk sana sini, masuk ubat panas dalam badan. Hampir sebulan tak boleh makan sebab luka dalam. Mujur dah baik dan ada anak seorang.

Kalau tak..

Kredit : Syda Dalila

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...