Seorang wanita warga asing sanggup meninggalkan suaminya dan dua anak yang masih kecil demi menyelamatkan dirinya sendiri apabila tempat tinggal mereka diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Ipoh, awal pagi tadi.
Menurut Bernama, serbuan dilakukan oleh JIM Perak dengan kerjasama Pasukan Gerakan AM (PGA) di sebuah tapak pembinaan dan wanita berasal dari Sulawesi tersebut melarikan diri dipercayai kerana tiada dokumen perjalanan yang sah.
Difahamkan, wanita itu gagal dikesan dan suami serta dua anak mereka masing-masing berusia dua dan tiga tahun telah ditahan ketika operasi berkenaan.

Kredit: Abdullah Yusof/MalaysiaGazette
Pengarah JIM Perak, Datuk James Lee berkata keluarga itu antara lebih 200 warga asing yang diperiksa dalam operasi tersebut dan kira-kira 120 daripada jumlah itu ditahan atas pelbagai kesalahan.
Matlamat operasi ini adalah untuk membanteras kesalahan pasport dan juga telah tinggal lebih masa serta menggunakan pas yang tidak sah.
James turut menasihati majikan untuk datang ke Jabatan Imigresen sekiranya mahu menggaji pekerja asing dan tidak menggunakan orang kedua untuk memproses pas-pas imigresen.

Kredit: Abdullah Yusof/MalaysiaGazette

Kredit: Abdullah Yusof/MalaysiaGazette
Kesemua yang ditahan telah dibawa ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri untuk tindakan selanjutnya dan kanak-kanak yang tiada dokumen pula dihantar ke depoh khas.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.