Baru-baru ini, satu video di platform TikTok telah tular selepas seorang wanita warga Indonesia meluahkan rasa kagum apabila bercuti di Malaysia.
Wanita Indonesia kagum dengan sikap rakyat Malaysia
Punca dirinya berasa kagum dengan negara ini selepas berada di tempat makan tanpa had iaitu buffet dan dapat dilihat dalam video tersebut, wanita itu sedang merakam hidang buffet yang disediakan oleh pihak hotel.
Makanan yang dirakam tersusun rapi di atas pinggan untuk diambil oleh pelanggan tetapi hal yang menarik perhatian wanita itu apabila melihat rakyat Malaysia sama sekali tidak berebut mengambil juadah buffet yang disediakan.
Kalau tak tinggal di Malaysia, tak kan tahu makan buffet di sini tiada berebut.
‘Warga Indonesia berebut & sanggup potong barisan’
Selepas itu, dia menceritakan kalau rakyat Indonesia bukan sahaja akan merebut makanan buffet, malah sanggup memotong barisan bagi mendapatkan hidangan yang disediakan oleh pihak hotel.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen Malaysia meluahkan rasa terkejut selepas mengetahui warga Indonesia akan berebut makanan yang disediakan oleh pihak hotel.
Tetapi mengakui rakyat disana masih mempunyai sikap demikian, bahkan akan membungkus makanaan biarpun tidak dibenarkan oleh pihak hotel.