Wanita Hidup Kembali Selepas 10 Jam Diumumkan Meninggal Dunia Dan Kuburnya Juga Sudah Siap Digali

Trending

Wanita Hidup Kembali Selepas 10 Jam Diumumkan Meninggal Dunia Dan Kuburnya Juga Sudah Siap Digali

Seorang wanita berusia 83 tahun di Ukraine menggemparkan para doktor dan ahli keluarganya selepas dia kembali bernyawa setelah 10 jam disahkan meninggal dunia oleh doktor. Wanita yang dikenali sebagai Ksenia Didukh, 83 telah disahkan meninggal dunia di kediamannya, Stryzhavka setelah pihak paramedik dipanggil oleh ahli keluarganya pada minggu lepas.

Tetapi Ksenia mula menunjukkan tanda-tanda seolah dia masih hidup selepas 10 jam dan kemudian dibawa ke hospital yang berdekatan. Keluarganya sudah mengaturkan pengebumian dan paderi juga telah ditempah.

Advertisement

Lebih memeranjatkan, kuburnya juga sudah siap digali ketika Ksenia membuka matanya.

wanita hidup kembali

Hasil pemeriksaan pada 17 Februari lalu oleh pasukan paramedik mendedahkan Ksenia berada dalam keadaan tenat dan ahli keluarganya telah bersetuju untuk membawanya pulang ke rumah. Pada keesokan harinya, Ksenia dikatakan telah berhenti bernafas dan pasukan paramedik dipanggil semula serta ditemani pihak polis.

Doktor yang memeriksa menyatakan bahawa tiada sebarang tanda vital dan aktiviti jantung dikesan sebelum mengesahkan kematiannya. Selepas itu, keluarga Ksenia segera membuat persiapan majlis pengebumian sebelum anak perempuan Ksenia, Tetyana Potomchenko menyedari terdapat sesuatu yang pelik.

wanita hidup kembali

Kira-kira pada pukul 7:30 malam, Tetyana memegang dahi ibunya dan merasakan kawasan tersebut suam dan ketiaknya juga didapati masih panas. Sejurus selepas itu, sijil kematian Ksenia dibatalkan secepatnya.

Ksenia dihantar kembali ke hospital dan disahkan berada dalam keadaan koma sebelum akhirnya tersedar. Apabila disoal berkenaan perkara yang berlaku ketika Ksenia berada dalam koma, dia menjawab dia sudah berada di syurga bersama ayahnya.

Dalam pada itu, Dr. Tetyana Katylova mengatakan kejadian seumpama ini tidak pernah berlaku sepanjang 20 tahun penglibatannya sebagai seorang doktor di Vinnytsia Regional Hospital.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...