Wanita Hantar Jentolak Robohkan Rumah Madu Akibat Cemburu

Trending

Wanita Hantar Jentolak Robohkan Rumah Madu Akibat Cemburu

Satu video kejadian merobohkan rumah menggunakan jentolak yang didakwa dilakukan oleh seorang wanita ke atas madunya tular di media sosial.

Kejadian itu dikatakan berlaku di Desa Mangga Dua, Kabupaten Tanjung Beringin, Kabupaten Serdang Bedagai, Sumatera Utara.

Advertisement

Ketua Kecamatan Tanjung Beringin, Syafruddin, telah mengesahkan kejadian yang berlaku itu di kawasannya.

“Memang ada kejadian semalam, sebuah rumah musnah akibat dirobohkan menggunakan jentera berat.” 


Menurut Syafrudin, punca kejadian masih belum diketahui. Tetapi yang pasti, ia berlaku di kawasan Tanjung Beringin. Syafrudin menjelaskan bahawa pemerintah tempatan serta dirinya sendiri, tidak menyedari kejadian merobohkan rumah dengan menggunakan jentera berat itu.

Dia hanya mengetahui tentang kejadian tersebut setelah berita mengenai kejadian itu tular.

“Saya tidak tahu, apakah konflik keluarga atau apa? Seharusnya terdapat laporan kepada pemerintah daerah. Tetapi ketika ditanya kepada ketua kampung dia juga tidak mengetahuinya.” 

Bagaimanapun, melalui sumber terdekat kejadian itu didakwa disebabkan oleh pergaduhan dan cemburu di antara isteri tua dan isteri muda..

Video tersebut muncul di Youtube pada Isnin lalu yang dimuat naik oleh Sugi Sergai. Rakaman yang sama juga dimuat naik ke Instagram oleh @smart.gram

Dalam video berdurasi 8.47 minit itu, kelihatan penduduk sedang memerhati sebuah jentolak yang merobohkan sebuah rumah.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...