Wanita Hamil Mangsa Terbaru Zika, Angka Meningkat Seramai 115 Orang Dijangkiti Di Singapura

Trending

Wanita Hamil Mangsa Terbaru Zika, Angka Meningkat Seramai 115 Orang Dijangkiti Di Singapura

Wanita hamil antara yang didiagnosis dengan jangkitan Zika di Singapura, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang disahkan bawaan virus nyamuk di negara bandar raya itu kepada 115.

Advertisement

Virus Zika merebak dari benua Amerika dan Caribbean sejak akhir tahun lepas asalnya penyakit ringan kecuali risikonya terhadap wanita hamil kerana boleh menyebabkan microcephaly, sejenis kecacatan kelahiran akut di mana bayi dilahirkan dengan kepala yang luar biasa kecil dan otak kecut, lapor FMT.

Wanita hamil didapati positif Zika itu tinggal di Aljunied di tenggara Singapura, kawasan di mana kebanyakan kes sebelum ini dikesan. Seorang ahli keluarga wanita itu sebelum ini disahkan menghidap Zika, petik akhbar Straits Times.

Singapura mengumumkan kes pertama Zika pada Sabtu lepas dan bilangan jangkitan terus meningkat minggu ini.

Dalam satu kenyataan bersama Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA), Kementerian Kesihatan menyatakan pihaknnya turut mengesan satu lagi kelompok jangkitan virus Zika yang baharu di timur Singapura, melibatkan 3 kes yang dilaporkan.

“Kami percaya kes Zika akan dikenal pasti di kawasan-kawasan lain. Kami berusaha dan merancang dengan jangkaan terdapat lebih banyak kes Zika dikesan di bahagian-bahagian lain di Singapura. Kami akan melanjutkan usaha kawalan vektor di luar selain kawasan terjejas semasa,” kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong berkata dalam kenyataan itu.

Beberapa negara memberi amaran kepada wanita hamil atau mereka yang merancang untuk hamil supaya mengelakkan perjalanan ke Singapura.

Wabak dan larangan itu memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi global yang lemah kepada salah sebuah negara hab industri pelancongan yang paling sibuk di dunia.

Ia juga berlaku pada waktu Singapura bakal mengacarakan perlumbaan motor Formula One Grand Prix, sebuah acara sukan dan hiburan utama pada minggu depan.

“Persediaan perlumbaan hujung minggu berjalan lancar seperti biasa, di landasan yang betul,” kata penganjur GP Singapura dalam satu kenyataan yang dihantar melalui email.

Selain 24 kes Zika yang disahkan pada Rabu, 9 lagi dikesan dalam ujian semula kes-kes sebelumnya oleh Kementerian Kesihatan.

Menurut NEA, ia akan memperluaskan skop operasi kawalan nyamuk dengan membersihkan longkang dan menyembur racun serangga di kawasan berpotensi habitat pembiakan nyamuk termasuk di kawasan kelompok baru.

Kes-kes awal Zika yang dikesan di negara itu adalah daripada beratus ribu pekerja asing khususnya dari benua Asia yang bekerja di tapak pembinaan dan di sektor marin. Ini termasuk 13 warga India, menurut sumber Suruhanjaya Tinggi India di Singapura.

Sumber berita

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...