Wanita Hamil ‘Lari’ PKPD Untuk Beraya, Cetus Peningkatan Kes Ketara Di Kepulauan Tumpat

COVID-19

Wanita Hamil ‘Lari’ PKPD Untuk Beraya, Cetus Peningkatan Kes Ketara Di Kepulauan Tumpat

Wabak pandemik yang melanda negara masih belum reda dan orang ramai digalakkan untuk berada di rumah.

Namun tindakan seorang wanita berusia 30 tahun yang sedang mengandung didakwa ‘melarikan diri’ dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bunut Susu untuk menyambut Aidilfitri membawa padah kepada dirinya.

Advertisement

Wanita itu disahkan positif Covid-19 dan oleh kerana sikap tidak bertanggungjawabnya untuk meraikan Aidilfitri dengan melakukan kunjung mengunjung menyebabkan virus itu menular kepada orang lain.

Menurut Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, sebanyak 22 kes positif Covid-19 direkodkan setakat Khamis hasil daripada 80 ujian saringan dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Ia melibatkan empat lokaliti iaitu Teluk Renjuna (11 kes), Pantai Haji Nik Mat (6), Pulau Beluru (4), dan Pulau Suri (1)”.

“Kami juga mendapati berlaku peningkatan kes yang ketara dalam tempoh singkat dengan kadar positif direkodkan ialah 27.5 peratus”.

Tambahnya, PKPD akan dilaksanakan di Kepulauan Tumpat di mana ia melibatkan Teluk Renjuna, Pantai Haji Nik Mat, Pulau Beluru dan Pantai Suri bermula dari 22 Mei hingga 4 Jun.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...