May 3rd, 2018

Hampir setiap hari kita boleh dengar berita tentang kes hamil anak luar nikah semuanya gara-gara menurut kata nafsu dan demi membuktikan rasa “cinta” kepada kekasih sehingga tergadai masa depan.

Terbaru, seorang wanita yang dikenali sebagai Sofia  tampil membuat pendedahan mengejutkan dan mendakwa beliau sedang hamil hasil hubungan terlarang bersama seorang pemuzik rock lagenda.

Tujuan Sofia mengakui perkara tersebut kerana ingin menuntut janji pemuzik itu supaya bertanggungjawab ke atas kandungannya itu. Difahamkan, pemuzik itu melarang  dia untuk mengugurkan kandungannya dan berjanji untuk bernikah dengan Sofia, tetapi lelaki itu tiba-tiba menghilangkan diri.

Saya tampil kerana mahu dia bertanggungjawab dan tunaikan janji sejak hari pertama dia tahu saya hamil. Dia yang halang saya gugurkan janin ini dan berjanji akan bernikah. Tetapi, selepas kandungan saya masuk lima bulan, dia tiba-tiba berubah.

Saya buntu kerana tidak dapat bercakap dengannya, malah dia juga melarikan diri. Keluarga dan rakannya juga tidak dapat membantu saya. Saya tidak pandang rupa dan harta, sebaliknya menerima dirinya kerana dia tidak sama seperti lelaki lain. Saya terpedaya dengan sikap lembutnya.

Tambah Sofia lagi, beliau hanya mahu dinikahi supaya bayinya nanti mempunyai bapa apabila dilahirkan nanti.

Bayi ini tidak berdosa dan saya tidak mahu dia malu dengan statusnya apabila besar nanti. Mr X tidak patut buat begini. Saya tidak pernah berkira, malah sudah banyak berkorban terutama ketika dia berdepan masalah kewangan.

Siapa agaknya pemuzik rock lagenda tersebut? Harapnya beliau tidak terus lari daripada masalah dan kesilapan beliau. Jadilah seorang lelaki yang bertanggungjawab.

Sumber Berita : BH ONLINE


81 responses to “Wanita Hamil Anak Luar Nikah Tuntut Pemuzik Bertanggungjawab”

  1. Step Mother says:

    Kau jgn harap jantan tu lg..kalau terjumpa dia nnti kau sagat je muka dia dgn pemarut kelapa..baru pdn muka dia..ank tu kau kasi pd pasangan yg nk cari ank angkat..tapi kau jgn sampai putus hubungan dgn pasangan tu..InsyaAllah ank tu terjamin hidup n terhindar dr ejekkn msyarakat keliling..
    #akubknpenggalakzina
    #akunkselamatknmaruahankygxberdosa

  2. Tk says:

    Aku terbaca. Klu dakwaan wanita tu benar tunjukkan bukti …,, please tell me bukti apa ye? Cek DNA?

  3. Anonymous says:

    Stop lah komen kentut2 ni. Tak tahu lah jenis mcam ni cepat terhibur ke takde modal lawak ke, tapi seriously tak lawak dohhh. Tak paham macam mne boleh diulang2kan padahal sikit pun tak tergeletek hati. Macam nak buat lawak tak jadi, tapi keep on trying so hard. Udah2 lahhhh

  4. lol says:

    bila dah hamil anak luar nikah mula la berniqab tudung labuh pakai jubah,fuckadap

  5. Anonymous says:

    cik sofia dan seangkatan dgn nya,
    kawin bukan jalan penyelesaian..setakat nak tutup malu takkan ke mana. jgn disebbkan nak tutup malu kita membelakangkan hukum. kalau dh lebih 5 bln dah sah2 ank tu tak blh berbin/bintikan jantan rocker tu. dan plg penting, kalau awal2 lagi dh nampak perangai jantan tu yg tak brtanggungjwb takkn nak kawin jgk dgn dia. jgn la jadi bodoh abadi..sedar lah dr kebodohan! bangkit dan move on. perbetul kan diri kita. baca lah pengalaman2 rumah kebajikan wanita2 yg termengandung ni..belajar lah bagaimana mereka belajar utk perbaiki diri.

Loading...