Seorang wanita pertengahan 30 tahun dari Thailand ditahan polis pada Selasa selepas didakwa menggoda ramai sami Buddha untuk melakukan hubungan seks.
Menurut Khaosod, wanita itu juga didakwa mengugut dan memaksa semua sami tersebut untuk membayarnya sejumlah besar wang sebagai bayaran menutup mulut merahsiakan tentang hal berkenaan.
Wanita bernama Wilawan Emsawat itu telah ditahan di rumahnya di daerah Nonthaburi atas beberapa dakwaan termasuk peras ugut, pengubahan wang haram dan menerima barangan yang dicuri.

Polis juga turut mengesan pemindahan wang kepadanya oleh seorang sami senior daripada akaun bank milik kuilnya di utara Thailand.
Dalam 3 tahun, dapat RM50 juta
Kes tersebut telah menarik perhatian institusi Buddha dan menjadi bualan orang awam di negara itu sejak beberapa minggu lalu namun difahamkan Wilawan masih belum memberikan apa-apa kenyataan sejak ditangkap.
Difahamkan, wanita itu ada bercakap dengan pihak media tempatan sebelum ditahan dan mengakui tentang satu hubungan dan memaklumkan dia telah memberikan wang kepada sami terbabit.
Menurut polis, Wilawan menyasarkan golongan sami senior untuk kepentingan kewangan dan beberapa sami telah pun dikenal pasti memindahkan sejumlah besar wang selepas memulakan hubungan romantis bersama wanita itu.
Setakat ini, polis mendapati Wilawan telah menerima sekitar 385 juta Baht (lebih RM50.3 juta) dalam tempoh tiga tahun yang lalu namun kebanyakan wang tersebut dibelanjakan ke laman web perjudian atas talian.
Mengaku hamil dan minta bayaran
Timbalan Pesuruhjaya Central Bureau Investigation (CBI) Jaroonkiat Pankaew berkata, pihaknya memulakan siasatan pada sebulan yang lalu selepas seorang ketua sami di kuil terkenal Bangkok tiba-tiba meninggalkan kehidupan sebagai sami.
Selepas disiasat, ketua sami tersebut mendakwa telah diperas ugut oleh Wilawan selepas hubungan romantis berlaku dan wanita berkenaan memaklumkan dirinya hamil serta memintanya membayar 7.2 juta Baht (kira kira RM942,000).

Jaroonkiat juga memaklumkan hasil pemeriksaan ke atas telefon bimbit Wilawan juga menemukan ribuan gambar dan video serta perbualan yang membuktikan hubungan romantis bersama beberapa sami.
Kami akan siasatan semua sami di seluruh negara ini. Saya percaya kesan daripada penyiasatan ini akan membawa kepada banyak perubahan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.