Wanita ‘Glamor’ Ditangkap Disyaki Curi Pakaian Di Butik Terkenal

Trending

Wanita ‘Glamor’ Ditangkap Disyaki Curi Pakaian Di Butik Terkenal

Semalam tular di media sosial mengenai seorang wanita cantik dan glamor yang mempunyai pengikut lebih 9,000 orang serta merupakan bekas peserta satu program realiti, ditangkap kerana mencuri di sebuah butik pakaian terkemuka di Mid Valley.

Sering kongsi kehidupan mewah di Instagram

Menerusi satu perkongsian dari akaun seorang pengguna Twitter, wanita itu juga merupakan seorang duta bagi Anytime Fitness Malaysia dan merupakan Miss Borneo Face of Beauty International

Advertisement

Di dalam perkongsian itu, turut terlihat timbunan baju-baju yang disyaki telah dicuri.

Nilai baju dicuri melebihi RM4,000

Wanita yang berusia 28 tahun itu telah ditahan oleh pihak berkuasa selepas menerima maklumat daripada butik tersebut.

“Ketika penyelia terbabit membuat pemantauan di butik itu, dia melihat suspek dalam keadaan mencurigakan dan dilihat mengisi beberapa pakaian ke dalam beg butik berkenaan.”

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, wanita itu akan direman selama dua hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Sumber (1)(2)

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...