January 12th, 2015

Cuti sekolah baru-baru ini, Abang Nara telah membawa isteri dan anak-anak tercinta ke AEON Bukit Tinggi, Klang. Saja nak cari baju-baju baru sempena nak masuk tahun 2015. Tahun baru mestilah baju baru kan? Baru semangat sikit!!! Banyak juga kedai-kedai best kat AEON Bukit Tinggi nie. Seronok juga shopping kat sini.

tranz poh kong

muka fokus beli baju. Hehehe

Habis beli baju, kitorang pun pusing-pusing lah AEON Bukit Tinggi nak tengok apa lagi kedai yang ada kat sini. Tup-tup wife tercinta terperasan kedai Diamond & Gold by Poh Kong. Wanita dan emas memang tidak boleh dipisahkan. Sekelip mata wife Abang Nara dah menuju ke arah Poh Kong. Semangat sungguh!!!

tranz poh kong

Sambil wife Abang Nara tengok-tengok koleksi Poh Kong yang terbaru, sempat jugaklah Abang Nara borak-borak dengan salah seorang pekerja mereka. Rupa-rupanya outlet Poh Kong di Bukit Tinggi ini antara yang terbesar di Malaysia. Pelbagai koleksi ada ditawarkan. Ada Tranz, Anggun, Berlian Hemera dan macam-macam lagilah. Memang kelabu mata dibuatnya.

tranz poh kong

Masuk-masuk je dah ada 3 orang awek Poh Kong tersenyum manja

Selepas memberikan Arissa (anak kedua kami) kepada Abang Nara, wife Abang Nara terus duduk menghadap koleksi Tranz dengan Crystal, salah seorang pekerja Poh Kong di situ. Bagus layanan si Crystal nie. Habis semua jenis koleksi Tranz ditunjukkan kepada wife Abang Nara.

tranz poh kong

gelang dan rantai yang matching daripada koleksi Tranz Classic. Cantik!!!

Tranz ini pun terbahagi kepada 4 jenis iaitu koleksi Nature, Classic, Duet dan Love. Semuanya cantik-cantik belaka. Wife Abang Nara dah rambang mata dibuatnya. Nasib baiklah tak ramai orang di kala kitoarang kat situ. Jadi Crystal pun layan je segala apa yang kitorang nak tengok. Meh ushar gambar-gambar yang sempat Abang Nara snap.

tranz poh kong

nie pun Tranz Classic, pakai pagi raya nie memang kebabom

 

tranz poh kong

Crystal pun nak interframe gak (Tranz Nature). Yang nie pun wife Abang Nara shortlisted kan

 

tranz poh kong

antara koleksi gelang Tranz, rambang mata wei!!!

tranz poh kong

try je pakai dulu, beli tak confirm lagi. Hehehe

Bila dah anak perempuan nie, secara automatiknya memang akan belikan barang kemas untuknya. Alang-alang dah bawak si Arissa sekali ke Poh Kong nie, sempatlah wife Abang Nara cubakan 2,3 rantai kat si Arissa. Makin comel anak Abang Nara disaluti dengan emas. Geram pulak!!!

tranz poh kong

eh,eh kakak nie pakaikan kita gelang emas Anggun Manja la. Sukanya

Rupa-rupanya Poh Kong dah keluarkan koleksi Manja dari Anggun untuk kanak-kanak. Siap boleh matching dengan emak sekali. Apa lagi terus si wife ajak Crystal pergi tengok koleksi Anggun pulak. Wife Abang Nara masa zaman anak dara dulu pun pernah dibelikan oleh emaknya rantai Anggun. Sekarang nie dia kata nak buat dengan Arissa pulak. Amboi macam tradisi plak.

tranz poh kong

maknya try dulu koleksi Anggun. Memukau beb!!!

 

tranz poh kong

yang nie anak plak try rantai. Pun sama cantik!!!

tranz poh kong

antara koleksi Anggun Manja untuk si ibu dan anak

Dekat 2,3 jam juga Abang Nara menemani wife di Diamond & Gold by Poh Kong AEON Bukit Tinggi ini. Banyak sangat koleksi-koleksi yang super best untuk ditatap. Wife Abang Nara bagi double thumbs up dengan pelbagai pilihan yang ada. Abang Nara turut mendapat bisikan yang berbunyi ‘raya nanti kita datang beli kat sini ye’ daripada wife. Abang Nara hanya tersenyum kambing. Hehehe.

tranz poh kong

dah bestfriend dah 2 orang nie

Silalah layari www.pohkong.com.my untuk buat survey dulu koleksi apa yang korang mahukan sebelum melawat cawangan Poh Kong. Tapi kalau nak puas hati betul-betul, memang kena pergi tengok dengan mata sendiri. Pegang-pegang. Amik feel. Memang best. Jangan risau layanan diorang memang tip top punya. Selamat membeli!!!


Comments are closed.

Loading...