Wanita Edarkan 200 Topeng Muka Yang Dijahit Sendiri Secara Percuma Untuk Orang Ramai

Kehidupan

Wanita Edarkan 200 Topeng Muka Yang Dijahit Sendiri Secara Percuma Untuk Orang Ramai

Wabak COVID-19 semakin membimbangkan. Semalam Malaysia telah mencatatkan peningkatan yang drastik dengan jumlah pesakit terkini seramai 1,518 dan 14 kematian.

Ekoran daripada itu, segala bekalan peralatan pelindung diri seperti topeng muka dan hand sanitizer kini semakin berkurang di pasaran. Banyak pihak kini terdesak untuk mendapatkan bekalan tersebut sehingga ada yang tertipu dengan penjual topeng muka yang mengambil kesempatan atas penularan virus ini.

Advertisement

Baca: Ditipu Sehingga RM15 Ribu, Penjual Topeng Muka Ambil Kesempatan Atas Penularan Wabak COVID-19

Lain pula ceritanya kali ini, seorang suri rumah iaitu Haida Abdullah, 33, bertindak menjahit 200 topeng muka untuk diagihkan kepada orang ramai secara percuma dalam membantu pencegahan COVID-19 sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan

Menurut sumber, diberitahu bahawa beliau sudah mula menjahit topeng muka itu sejak Sabtu lalu sebaik sahaja berita kesukaran mendapatkan bekalan tular di media sosial. Sebanyak 100 topeng muka telah siap dijahit, dan beliau ingin menyiapkan 100 lagi topeng muka sebelum mengagihkannya kepada orang ramai yang memerlukannya.

Sebelum ini, kemiskinan keluarga saya tular media sosial hingga mendapat perhatian Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyediakan rumah.

Haida Abdullah

Difahamkan lagi, suri rumah yang tinggal di Kampung Tanah Puteh, Gua Musang ini pernah hidup miskin sebelum ini, dan ini adalah cara untuk membalas jasa orang ramai yang pernah membantunya. Beliau rasa bersimpati dengan orang ramai yang menginginkan topeng muka bagi menjaga kesihatan tetapi tidak boleh mendapatkannya.

Semoga dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...