Wanita Ditemui Maut Beberapa Hari Selepas Hilang, Ada Tinggal Surat ‘Pesanan’

Trending

Wanita Ditemui Maut Beberapa Hari Selepas Hilang, Ada Tinggal Surat ‘Pesanan’

Di Alor Gajah, Melaka, seorang wanita ditemui maut dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di kebun kelapa sawit. Memetik laporan Harian Metro, orang awam yang menemui mayat segera membuat aduan kepada polis dan hasil pemeriksaan awal mendapati Toyota Avanza tersebut terkunci dari dalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu, mayat wanita berusia 43 tahun itu ditemui kira-kira 800 meter dari jalan utama.

Advertisement
Sekadar gambar hiasan

‘Menerusi bantuan bomba, MPV terbabit berjaya dibuka dan pemeriksaan dilakukan pasukan forensik polis menemui sepucuk surat.

Surat berkenaan tertera pesanan kepada polis supaya menghubungi seorang wanita bagi memaklumkan kematian si mati kepada anaknya supaya dapat menguruskan kematiannya’

Selain sepucuk surat ‘pesanan’, pihak polis turut menemui satu balang mengandungi abu arang di bahagian tempat duduk penumpang hadapan dipercayai dibakar si mati.

‘Dia dipercayai meninggal dalam tempoh 48 jam selain semakan turut mendapati wanita terbabit dilaporkan hilang pada 28 April 2021’

Berdekatan dengan kenderaan, terdapat bahan makanan dan botol serta tin arak dipercayai diminum wanita berkenaan.

Tambah Arshad lagi, mayat kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah bagi proses bedah siasat. Hasil pemeriksaan mendapati tiada unsur jenayah dan disyaki meninggal akibat lemas di dalam kereta.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...