Wanita Ditemui Mati Beku Dihalau Keluar Dari Bas Kerana Tak Cukup Wang

Kehidupan

Wanita Ditemui Mati Beku Dihalau Keluar Dari Bas Kerana Tak Cukup Wang

Seorang wanita di Ukraine mati kesejukan selepas dihalau keluar dari bas di satu kawasan terpencil dengan suhu pada ketika itu amatlah sejuk iaitu negatif 20 darjah celcius.

Mengapa beliau dihalau keluar dari bas?

Advertisement

Hanya kerana tiada wang untuk  membayar tambang 25 Hverna atau bersamaan RM3.70 je beliau dihalau kelauar oleh pemandu bas.

Mangsa, Iryna Dvoretska, 21 tahun merupakan seorang pelajar perubatan dan ketika kejadian dia menaiki bas untuk melawat ibunya yang sakit di sebuah hospital di Olevsk, utara Ukraine.

Ibunya dirawat di hospital tersebut akibat jangkitan kuman pada paru-paru, malah keadaan wanita itu dilaporkan semakin teruk.

Dihalau turun dari bas waktu pada suhu -20 darjah celcius pukul 4 pagi!

Nak dijadikan cerita, ketika dalam perjalanan pemandu bas yang dinaikinya itu meminta tambang daripada Iryna.

Namun Iryna berkata dia tidak mempunyai wang untuk membayar tambang, maka lelaki tersebut yang dikenali sebagai Oleg Zhelinskiy mengarah Iryna turun dari bas dan pada pukul 4 pagi.

Iryna bukannya orang miskin dan tidak ada wang untuk membayar tambang, tetapi pada hari kejadian beliau tertinggal beg duitnya kerana tergesa-gesa untuk menaiki bas paling awal ke Olevsk bagi melawat ibunya di hospital.

Ibu saudara mangsa iaitu Nadiya Typchuk memberitahu Iryna ditemui dalam keadaan beku dengan matanya terbeliak seolah-olah terlihat sesuatu yang menakutkan.

Sementara itu, jurucakap polis berkata bedah siasat keatas mangsa mendapati, Iryna meninggal dunia akibat hipotermia selain organ dalamannya juga didapati beku.

Kami membuka kertas siasatan jenayah terhadap pemandu bas itu dan dia berdepan hukuman penjara lima tahun sekiranya didapati bersalah.

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...