Jangan terkejut, memang ada orang yang sanggup tempah bilik hotel lebih dari sehari semata-mata untuk bermaksiat dan ini salah satu kes yang baru sahaja berlaku.
Seorang wanita telah ditangkap khalwat bersama tiga orang lelaki di dalam bilik sebuah hotel di Kluang, Johor oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) pada 18 Ogos.
Dah sewa hotel 2 hari
Menurut sumber JAINJ, wanita itu berusia 23 tahun dan tiga lelaki yang ditahan pula berumur dalam lingkungan 20-an. Wanita tersebut dipercayai sudah menyewa bilik hotel berkenaan sejak dua hari sebelum ditangkap.
Difahamkan, wanita itu baru berkenalan dengan salah seorang daripada lelaki berkenaan dan bersetuju apabila diajak menginap di hotel berkenaan selepas dibelanja makan malam.
Tambah sumber itu lagi, ketika diajak wanita berkenaan tahu bahawa terdapat dua lagi lelaki sedang menunggu mereka di bilik yang sama.
Penguat kuasa mendapati tiada paksaan terhadap wanita itu untuk ke bilik hotel dan tidak menolak kemungkinan dia mengenakan bayaran.
Makin ramai berani ‘check in’ buat maksiat
Serbuan itu dilakukan penguat kuasa JAINJ selepas mendapat maklumat tentang orang ramai yang menjadi semakin berani melakukan maksiat di bandar berkenaaan disebabkan sewa hotel lebih murah berbanding bandar lain.
Semua empat individu berkenaan akan dihukum atas kesalahan khalwat yang membawa hukuman denda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.