Wanita Disangka Hilang Bersama Tiga Anak, Rupanya Komplot Dengan ‘Boyfriend’ Untuk Peras Ugut Duit Suami

Kehidupan

Wanita Disangka Hilang Bersama Tiga Anak, Rupanya Komplot Dengan ‘Boyfriend’ Untuk Peras Ugut Duit Suami

Disangka hilang bersama tiga anaknya ketika dalam perjalanan pulang ke kampung, penipuan wanita ini akhirnya terbongkar.

 

Advertisement

Isteri dan anak hilang, dapat mesej ugut duit

Seorang lelaki telah membuat laporan polis malam 26 Julai lalu dan berkata dia telah mendapat mesej di Whatsapp daripada nombor tidak dikenali.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, individu yang menghantar mesej tersebut mengugut dan meminta wang RM2,000 sekiranya lelaki itu mahu isteri dan anaknya pulang ke rumah dengan selamat.

Sebelum itu pada Khamis lalu, mangsa menghantar isterinya yang berusia lingkungan 30-an bersama tiga anaknya ke perhentian bas di Kampung Sepakat Jaya, Pekan Nanas untuk pulang ke kampung di Kota Tinggi.

terminal bas pontian

Bagaimanapun isterinya gagal dihubungi selepas itu. Ibu mentua yang dihubungi pula memberitahu isteri dan anak-anaknya tidak ada di Kota Tinggi.

 

Komplot dengan teman lelaki

Susulan laporan, polis melakukan serbuan dan menahan seorang wanita bersama dua anak perempuan dan seorang anak lelakiberusia tiga hingga 12 tahun dalam keadaan selamat di sebuah hotel di Kluang.

Rupa-rupanya, isterinya telah berkomplot dengan teman lelaki untuk memeras ugut dan meminta wang daripada lelaki itu.

Dalam satu serbuan lain, teman lelakinya juga telah ditahan di sebuah rumah di Kluang dan ujian saringan air kencing kedua-dua suspek didapati negatif dan mereka ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan.

ditahan polis

Kes disiasat mengikut Seksyen 358 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Selain itu, kami kongsi artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

4 months ago

Pemandu E-Hailing Ditemui Selamat Di Klang, Hilangkan Diri Kerana Tertekan Masalah Kewangan Kritikal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...