Wanita Disahkan Bebas COVID-19 Namun Meninggal Dunia Kerana Badan Tidak Lagi Kuat Untuk Bertahan

Trending

Wanita Disahkan Bebas COVID-19 Namun Meninggal Dunia Kerana Badan Tidak Lagi Kuat Untuk Bertahan

‘Ajal maut itu di tangan Tuhan’, kisah kematian yang tak dijangka boleh berlaku, lebih-lebih lagi semasa musim penularan wabak COVID-19 ketika ini. Tambah menyedihkan, ahli keluarga mangsa virus itu tidak dapat melihat si mati buat kali terakhir.

Lain pula kisahnya kali ini, apabila keluarga mangsa ke-15 COVID-19 di Singapura telah diberi kesempatan untuk melihat dan mengurus sendiri mayat ibu mereka. “Kami bersyukur dapat lihat mama buat kali terakhir”, itulah antara luahan rasa syukur yang disampaikan dari salah seorang anak mangsa wabak merbahaya kali ini.

Advertisement

Disahkan sudah bebas COVID-19

Difahamkan, sebelum wanita bernama Cik Salha Mesbee ini meninggal dunia, doktor telah mengesahkan bahawa dia sudah bebas dari jangkitan itu. Namun, badannya tidak lagi kuat seperti biasa dan telah meninggal dunia seminggu selepas itu.

Mama dah disahkan bebas COVID-19. Cuma sayangnya badannya tak mampu bertahan lagi. Kami diberitahu mama dah semakin teruk, kesan virusnya dah sampai ke otak dan harapan sangat tipis.

Cik Salha Mesbee, 58, merupakan pesakit termuda yang tewas akibat wabak tersebut setelah disahkan positif pada 26 Mac lalu. Beliau baru sahaja pulang bercuti dari Turki bersama suaminya yang juga disahkan dijangkiti wabak berkenaan.

Mangsa covid-19

Beliau dikatakan telah dimasukkan ke ICU kerana mempunyai masalah pada paru-parunya dan tekanan darah yang tidak stabil semasa dijangkiti. Kemudian, jangkitan itu juga dikatakan telah merebak ke bahagian organ yang lain seperti ginjal dan hati seterusnya menjadi punca kematian.

Oleh kerana para doktor mengesahkan beliau sudah bebas sepenuhnya dari virus COVID-19, jenazahnya telah dibenarkan dibawa pulang ke rumah untuk diuruskan oleh keluarga.

Gambar keluar mangsa

Amat merisaukan jika tak dapat jumpanya buat kali terakhir. Kami bersyukur bila kami dapat bawa mama pulang dan uruskan jenazah seperti biasa, itu amat menggembirakan keluarga kami.

Singapura telah merekodkan jumlah kes positif sebanyak 18,788 kes dan 18 kes kematian setakat hari ini.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...