Wanita Diperkosa Saudara Ketika Ziarah Di Hari Raya, Ibu Bapa Suruh ‘Tutup Mulut’ – “Taknak Saudara Mara Tahu…”

Kehidupan

Wanita Diperkosa Saudara Ketika Ziarah Di Hari Raya, Ibu Bapa Suruh ‘Tutup Mulut’ – “Taknak Saudara Mara Tahu…”

Sambutan Aidilfitri sepatutnya menjadi waktu di mana kita bergembira selepas sebulan berpuasa dan berseronok berjumpa sanak saudara untuk rasai kemeriahan Syawal bersama.

Namun bagi seorang wanita ini, hari Raya yang sepatutnya menjadi hari gembira bertukar menjadi pengalan buruk yang membuatkannya trauma.

Advertisement

 

Diperkosa saudara lelaki

Menerusi satu perkongsian di aplikasi X, seorang lelaki mendedahkan tentang nasib teman wanitanya yang menjadi mangsa rogol saudaranya sendiri baru-baru ini.

Dakwanya, ketika menziarahi rumah saudara pada hari Raya dia telah ditarik masuk ke dalam bilik oleh saudara lelakinya itu dan kemudian cuba melakukan perkara tidak senonoh kepadanya.

Tambahnya, meskipun sudah cuba menolak namun dia tidak berdaya dan lebih menyedihkan adalah ibu bapanya enggan membuat laporan polis kerana tidak mahu perkara tersebut diketahui ahli keluarga dan saudara mara yang lain tahu.

Ibu bapa dia (mangsa) dah berjumpa dengan ibu bapa lelaki itu. Saudaranya juga sudah mengaku memperkosanya tetapi sehingga kini tiada laporan polis dibuat. Ibu bapanya berkata mereka tidak mahu orang lain tahu. Mereka turut marah dan menyalahkan wanita itu kerana memberitahu saya tentang kejadian itu.

dirogol

 

Mangsa trauma tak boleh tidur malam

Lelaki itu berkata dia sangat marah apabila memikirkan saudara kekasihnya itu menjalani kehidupan sehariannya seperti biasa tetapi wanita berkenaan trauma sehingga tidak boleh tidur malam.

Saya hanya mahukan keadilan buatnya. Kami tiada bukti dan kejadian itu sudah berlaku lebih dari 72 jam. Saya nak dedahkan lelaki itu tetapi nanti orang ramai akan tahu teman wanita saya telah diperkosa dan ibu bapanya akan memarahinya.

Menerusi platform tersebut, ramai yang membaca luahan lelaki itu memberikan respon dan nasihat masing-masing dan rata-ratanya menyarankan mereka membuat laporan polis.

Dalam pada itu, ramai yang memuji tindakannya menjaga dan mempertahankan teman wanitanya di saat keluarganya sendiri tidak berbuat sebegitu.

Kim*k punya family. Nak jaga air muka je.

komen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...