Seorang wanita Hong Kong yang didapati bersalah atas tudugan menyerang seorang anggota polis menggunakan payudaranya dua minggu lepas telah dihukum penjara tiga setengah bulan oleh mahkamah pagi semalam.
Ng Lai-ying, yang ditahan semasa satu protes anti pardagangan paralel Mac lepas, mendakwa dicabul oleh seorang anggota polis. Bagaimanapun, pegawai polis itu mendakwa wanita itu melagakan payudaranya pada badan anggota polis itu dengan sengaja.
Timbalan majistret menuduh wanita itu ‘membesarkan cerita’, satu tindakan yang dianggap berniat jahat, dan mensabitkan kesalahan menyerang anggota polis menggunakan payudara terhadapnya pada 16 Julai.
Ng, bersama tiga orang yang lain, menghadiri Mahkamah Majistret Tuen Mun untuk keputusan hukuman. Ng dihukum penjara tiga bulan 15 hari. Kesemua defendan kemudiannya memohon dan diberikan peluang jaminan sebanyak 5,000 HKD sementara menunggu rayuan.
Kes itu menarik perhatian hampir 100 orang pagi semalam, dengan kesemua tempat duduk dewan mahkamah dipenuhi orang ramai. Beberapa anggota polis dikerah untuk berkawal di luar mahkamah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
[Imej via Oriental Daily // Standnews]
Sertai kami untuk Festival Topeng Antarabangsa Malaysia / Malaysia International Mask Festival 2015 dari 13 hingga 16…
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 28 July 2015