Seorang wanita berkongsi mengenai pengalamannya, tidak dibenarkan untuk memasuki Perpustakaan Kuala Lumpur kerana garisan pakaian dalamnya yang dapat dilihat melalui blaus putihnya.
Dalam perkongsian tweetnya pada 12 Ogos, Syarifah Amin menyatakan bahawa dia dilarang masuk kerana pakaiannya dikatakan ‘menjolok mata.
Got denied entry into Perpustakaan Kuala Lumpur this morning because of pakaian “menjolok mata” sebab “nampak bra”. This was what I was wearing. pic.twitter.com/yugY9GZN1c
— Miss Atomic Bomb ?? (@SyarifahAmin) August 12, 2020
Diminta untuk menutupi pakaiannya melalui sweater
Syarifah mengatakan bahawa dia telah ke perpustakaan bagi tujuan untuk mengulangkaji. Namun, penyambut tetamu perpustakaan itu bertanya sama ada dia mempunyai sweater untuk menutupi garisan pakaian dalamnya yang kelihatan.
Dia memberitahu bahawa dia telah memakai lengan panjang dan seluar panjang. Jadi dia tidak akan memakai sweater untuk menutupi pakaiannya.
“Saya ke sana kerana benar-benar hanya ingin mahu belajar.”
Menurut pengumuman di laman Facebook rasmi Perpustakaan Kuala Lumpur, terdapat kod pakaian yang harus dipatuhi oleh pengunjung. Sekiranya mereka tidak mematuhi peraturan tersebut, mereka tidak akan dibenarkan untuk memasuki perpustakaan itu.
Bukan terjadi pertama kali
Syarifah yang juga merupakan pengasas bersama kumpulan advokasi Youth Youth Advocates for Gender Equality, mengatakan bahawa dia berasa marah dan kecewa dengan kejadian itu.
Dia percaya bahawa dia tidak melanggar sebarang peraturan berdasarkan pemakaiannya pada hari itu. Dia juga turut mengatakan bahawa ini bukan kali pertama dia mengalami kejadian seperti ini.
Syarifah menambah bahawa wanita harus bangkit mempertahankan hak mereka dalam berpakaian dan harus menghentikan diskriminasi masyarakat terhadap kebebasan kaum wanita dalam memilih pemakaian mereka.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.