Wanita Dikompaun RM 5,000, Bagi Alasan Balik Kelantan Sebab Tiada Rumah Di Selangor Tapi Sebenarnya…

Trending

Wanita Dikompaun RM 5,000, Bagi Alasan Balik Kelantan Sebab Tiada Rumah Di Selangor Tapi Sebenarnya…

Sekarang bermacam-macam jenis alasan yang digunakan oleh individu tidak bertanggungjawab supaya mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk merentas negeri.

Terbaru, seorang wanita berusia 50-an bertindak cuba menipu pihak berkuasa dengan menyalahgunakan surat rentas negeri yang diberikan kepadanya. Akibat perbuatannya itu, dia dikenakan kompaun RM 5,000 di Padang Besar, Khamis lalu.

Advertisement

Menerusi laporan Utusan Malaysia, wanita berkenaan menggunakan surat rentas negeri dari Selangor ke Kelantan namun menukar perjalanannya ke Perlis untuk cuba pergi ke sempadan Thailand.

Gambar Hiasan

Wanita berkenaan ditahan di sekatan jalan raya (SJR) Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (Aksem) Padang Besar ketika menaiki teksi yang dinaikinya.

Menurut Datuk Surina Saad selaku Ketua Polis negeri, wanita berkenaan menyalahgunakan kebenaran surat rentas negeri yang dikeluarkan oleh pihak polis untuknya.

“Surat tersebut dikeluarkan untuknya selepas memberi alasan tidak mempunyai rumah di Selangor dan mahu balik ke kampung tinggal bersama ayahnya” 

Namun, apa yang terjadi ialah wanita tersebut malah menaiki keretapi ke Perlis dan soal siasat mendapati dia ingin menyeberangi sempadan untuk masuk ke Thailand.

“Wanita berkenaan dikompaun sebanyak RM 5,000 dan diarahkan untuk ke destinasi yang sepatutnya dia pergi iaitu Kelantan”

Terdapat juga dua individu lelaki turut dikenakan kompaun dengan amaun yang sama kerana merentas negeri ke Kedah tanpa surat kebenaran dan siasatan mendapati mereka dari Kedah ke Perlis menggunakan jalan tikus. Namun, mereka ditahan di SJR ketika ingin pulang ke Kedah semula.

Sumber

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...