Salam admin. Aku harap sangat admin terbitkan pengakuan aku ni. Dah lama aku pendam tentang ini.
Sebelum tu aku nak bagitau yang aku seorang gadis yang berusaha sebaik mungkin setakat ni untuk jadi gadis muslimah yang baik walaupun kadang-kadang aku pun tersasar. Nak dijadikan cerita aku membesar dengan nenek aku di utara tanah air sejak kecil lagi. Ibu bapa aku tinggal di ibu kota.
Dari kecil aku tengok surat beranak aku aku tertanya kenapa kolum bapa kosong. Aku ini tiada bapakah? Banyak kali aku terfikir sampai satu hari ni nenek aku yang beritahu rupanya aku ini anak luar nikah. Tapi bapa aku yang sekarang ni memang bapa kandung cuma dalam Islam ikutkan aku tak berbapa kan. Emakku kahwin dengan bapa aku lepas mengandungkan aku.
Sedih gila aku lepas dengar cerita sebenar. Dan sejak itu, aku memang mempunyai keyakinan diri yang rendah and aku tak berani nak berkawan serius dengan mana-mana lelaki. Sebab aku tak yakin ada yang sanggup terima.
Sampailah satu masa aku ambil diploma kat satu IPTA ni aku adalah kenal dengan seorang pemuda ini. Dia kerje Perodua and kami selalu chat tapi tak pernah jumpa pun. Aku selesa kawan dengan dia sebab dia jenis macam “abang-abang”, caring and sangat menghormati. Dan suatu hari, dia ada nyatakan hasrat dia nak melamar aku.
Memang aku terkejutlah, ingatkan dia main-main. Rupanya serius. Dia siap nak datang rumah nenek aku masuk meminang. Aku tak bagi dan aku tak terima. Puas dia desak aku kenapa aku tak nak terima. Padahal sebenarnya aku pun memang ada hati kat dia cuma aku tak yakin dia boleh terima status aku sebagai anak luar nikah.
Aku akhirnya beritahu sebab aku tak boleh terima dia: sebab aku anak luar nikah. Sejak dari itu, terus dia senyap dan dah tak beriya-iya macam dahulu. Aku faham, susah dia nak terima. Dan suatu hari selepas itu dia beritahu mak dia dah carikan perempuan lain untuk dia. Sebab mak dia tak dapat nak terima aku sebgai menantu. Iyalah, akukan anak luar nikah.
Lagipun aku tau dia sendiri pun nampak tak boleh terima aku. Aku faham. And aku tak rasa sedih sangat pun sebab aku dah jangka akan jadi macam ni.
Dan sekarang dia dah kahwin dah pun. Aku move on saja. Tiba-tiba datang pula seorang lagi nak mendekati aku. Aku buat tak layan. Dia bersungguh gila nakkan aku, akhirnya aku cakap saja terus terang. Aku ini anak luar nikah, agak-agak boleh terima aku tak? Hahaha. Terus dia senyap tak nak tackle dah.
Sedihkan jadi anak luar nikah ni? Susah lelaki nak terima. Dan aku berserah saja pada Allah. Aku dah malas nak mengharap akan perkahwinan. Kalau ada jodoh yang mampu terima ada la, kalau tiada, tak apalah aku move on saja. Walaupun bukan salah aku sebab jadi anak luar nikah, tapi masih mentaliti orang melayu memang pandang hina pada golongan macam aku.
Jadi, aku minta doa daripada kalian semua doakan baik-baik saja untuk aku supaya suatu hari nanti ada yang mampu terima aku seadanya. Itu saja. Terima kasih.– lilyrose
Sumber: IIUMC