Seorang individu menerima kritikan netizen selepas membuat satu hantaran di Threads tentang pasangan selebriti baru berkahwin, Fattah Amin dan Amira Othman.
Menerusi hantaran itu, individu berkenaan berkata dia telah menggunakan Google Gemini AI secara suka-suka dan menghasilkan foto gambaran Amira Othman dalam keadaan berbadan dua.
Saja try untuk Amira Othman waktu mengandung. MasyaAllah, comel sangat kan. Semoga yang tengah TTC tu akan berjangkit.
Hantaran tersebut meraih perhatian warganet yang berpendapat tindakan individu itu sudah seperti kelakukan yang terlalu obses dengan pasangan berkenaan dan dilabel ‘creepy’.
Malah ada yang menganggap tindakan mengagungkan dan meminati selebriti sehingga tahap sebegini sebagai satu penyakit mental.
Dalam pada itu, segelintir individu meminta peminat tidak berlebihan dan memberikan Fattah dan Amira ruang untuk menjalani kehidupan berumah tangga.
Bagaimanapun, individu berkenaan sudah pun memadam hantaran tersebut daripada akaun dan turut membuat penjelasan bahawa tindakannya itu dibuat secara suka-suka dan tujuannya adalah untuk mendoakan para wanita yang sedang TTC (trying to conceive).
Lah, benda AI Gemini ni sistem kan? I pon tak berapa suka sangat nak try. Kita bukan ambik pic orang, tapi dah memang tengah trending sekarang . Aduh, orang berdoa bukan isu sensitif. Ramai je yang TTC. Kita doakan sama-sama. Alahai nurtizen oiii.