Wanita Diganggu Setelah Tinggalkan Nombor Telefon Sebelum Masuk Ke Pasaraya

Trending

Wanita Diganggu Setelah Tinggalkan Nombor Telefon Sebelum Masuk Ke Pasaraya

Setiap individu kini diwajibkan untuk merekodkan nama, bacaan suhu dan nombor telefon setiap kali ingin memasuki mana-mana pasaraya atau kedai runcit. Perkara ini berhubung dengan arahan pihak berkuasa ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Ia sebagai langkah berhati-hati sekiranya berlaku penyebaran virus COVID-19, pihak berkuasa dapat mengesan kontak rapat dengan mudah.

Lain pula hal yang berlaku kepada seorang wanita yang berstatus isteri orang ini. Dikatakan setelah meninggalkan nombor telefon untuk rekod simpanan sebuah pasaraya di Selayang, wanita berkenaan telah diganggu dengan panggilan telefon, pesanan ringkas dan juga panggilan video oleh seorang warga asing.

Advertisement

Tiga hari lalu, wanita tersebut menceritakan dia dan suaminya pergi ke pasaraya NSK Selayang untuk membeli keperluan rumah. Setelah melakukan prosedur bacaan suhu dan menulis maklumat peribadi, seorang warga asing didapati mencuri-curi mengambil nombor telefonnya.

Lebih memeranjatkan, wanita tersebut bukan sahaja diganggu dengan panggilan telefon dan pesanan ringkas tetapi turut dipanggil panggilan sayang. Perkara ini amat tidak menghormati status wanita tersebut yang sudah berkahwin selain daripada bersikap tidak bertanggungjawab dengan mengambil nombor telefon tanpa kebenaran.

Wanita tersebut mengecam suara pemanggil berkenaan tidak seperti orang tempatan lantas mengadu gangguan yang diterima kepada suaminya. Keesokannya, pasangan suami isteri tersebut membuat laporan kepada pihak pengurusan pasaraya NSK kerana warga asing tersebut mengatakan dirinya bekerja di pasaraya tersebut.

Wanita berkenaan menjelaskan dirinya diganggu oleh seorang pekerja pasaraya ini dengan menamakan dirinya sebagai Ahmad. Walau bagaimanapun, pihak NSK tidak mengambil sebarang pekerja yang dikenali sebagai Ahmad.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, didapati dua orang warga asing yang memakai topeng muka sedang memerhatikan wanita tersebut. Setelah wanita tersebut beredar, warga asing tersebut menghampiri buku catatan pelanggan pasaraya dan mengeluarkan telefon bimbit untuk mengambil nombor telefon.

Rakaman tersebut turut menunjukkan warga asing berkenaan mengikuti wanita tersebut sepanjang berada di dalam pasaraya. Mujur ketika itu suami wanita tersebut berada pada masa tersebut. Warga asing itu juga didapati bukan pekerja pasaraya seperti yang diceritakan kepada wanita tersebut.

Perkongsian ini diharapkan menjadi peringatan kepada semua golongan wanita di luar sana untuk sentiasa berhati-hati dengan perkongsian maklumat peribadi yang dilakukan. Hindarkan diri daripada berseorangan meskipun berada di tempat awam.

Jom ‘like‘ dan ‘followFacebook & Twitter Amazing Nara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini diseluruh dunia. 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...